Permohonan dana bagi pelaksanaan projek Service Learning Malaysia - University for Society (SULAM) dibuka kepada semua pensyarah yang menjalankan kursus SULAM di UPM.
Peruntukan Dana “Service-Learning Malaysia–University for Society (SULAM)” Universiti ini disediakan bertujuan untuk memberikan sokongan dana tambahan kepada fakulti/sekolah untuk melaksanakan aktiviti SULAM. Insentif ini diharapkan dapat membantu fakulti/sekolah menampung kos pelaksanaan program serta menggalakkan lebih banyak program melibatkan kolaborasi bersama komuniti/industri/NGO.
Bagi program yang berteraskan CARE, pihak fakulti/sekolah boleh memohon sehingga maksimum RM3,000.00 dengan penglibatan sekurang-kurangnya tiga (3) kursus melaksanakan aktiviti SULAM. Bagi program selain daripada teras CARE, hanya satu (1) kursus SULAM setiap program layak memohon dana (maksimum RM1,000.00 sahaja).
Proses tuntutan bayaran dan laporan pelaksanaan program perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan.
P E N G U M U M A N T E R K I N I :
Pembukaan Permohonan Dana@SULAM
Semester 2 Sesi 2024/2025
Pensyarah yang menjalankan kursus SULAM dan berminat untuk memohon dana ini diminta untuk merujuk garis panduan serta mengemukakan kertas cadangan melalui borang permohonan Dana SULAM.
Permohonan yang lengkap perlu dihantar kepada Urusetia SULAM, Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead), Tingkat 4, Bangunan Canselori Putra, UPM selewat-lewatnya pada 11 April 2025 (Minggu 4 kuliah).
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, hubungi: