Tahniah Prof. Madya Ts. Dr. Nurfadhlina Mohd Sharef Penerima “Anugerah Citra Madani” Sempena Bulan Pemerkasaan Wanita (WEM) 2023 | CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
» NEWS » Tahniah Prof. Madya Ts. Dr. Nurfadhlina Mohd Sharef penerima “Anugerah Citra Madani” sempena Bulan Pemerkasaan Wanita (WEM) 2023

Tahniah Prof. Madya Ts. Dr. Nurfadhlina Mohd Sharef penerima “Anugerah Citra Madani” sempena Bulan Pemerkasaan Wanita (WEM) 2023

PULAU PINANG, 12 Mac 2023 – Tahniah Prof. Madya Ts. Dr. Nurfadhlina Mohd Sharef, penerima “Anugerah Citra Madani” bersempena dengan sambutan Bulan Pemerkasaan Wanita (Women Empowerment Month, WEM) 2023 anjuran Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp).

WEM 2023 ini adalah kali kedua dilaksanakan selepas diperkenalkan pada tahun 2022, selaras dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac setiap tahun. Ia bertujuan untuk mengetengahkan pelbagai isu berkaitan kesaksamaan gender, kepelbagaian, ekuiti dan inklusiviti (DEI) serta memastikan bahawa melaluinya, tenaga kerja wanita di Malaysia terus diperkukuhkan.

Sambutan WEM 2023 dengan tema ‘Be Strong, Be Tenacious, Be Kind’ ini buat julug kalinya memberi pengiktirafan kepada pelbagai individu sama ada wanita atau lelaki, termasuklah golongan kanak-kanak dan warga emas, yang mana telah memberikan sumbangan signifikan terutamanya untuk wanita dan masyarakat umum, dalam pelbagai aspek kehidupan.  

Dr. Nurfadhlina merupakan salah seorang daripada 13 penerima Anugerah Citra Madani pada majlis tersebut atas kerja dan usaha beliau dalam pemerkasaan wanita dalam Science, Technology, Engineering and Maths (STEM) di Malaysia.

“Anugerah Citra Madani” adalah untuk mengiktiraf sumbangan besar penerima bukan sahaja untuk pemerkasaan wanita dan belia, tetapi ke arah pembinaan negara. Anugerah ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada segala usaha yang telah dilaksanakan agar lebih berdaya saing, di samping turut menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat Malaysia.

Majlis pelancaran WEM 2023 telah dirasmikan oleh YAB Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Tuan V. Sivakumar, Menteri Sumber Manusia dan YB Hajah Aiman Athirah Binti Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.

 

 

 

Date of Input: 14/03/2023 | Updated: 14/03/2023 | azryadeny

MEDIA SHARING

CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
SXESAAE~