Syarahan Umum Rashdan Baba Siri Ketiga | CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
» NEWS » Syarahan Umum Rashdan Baba Siri Ketiga

Syarahan Umum Rashdan Baba Siri Ketiga

SERDANG, 7 Februari 2024 – Syarahan Umum bertajuk “A New Horizon for Science, Technology and Innovation – A Strategy to Enhance Higher Education in Malaysia” telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Emerita Datuk Dr. Asma Ismail FASc. Ini merupakan siri ketiga program Syarahan Umum Rashdan Baba yang telah dianjurkan oleh Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead) bertempat di Dewan Taklimat Serdang, Bangunan Canselori Putra, UPM.

Siri Syarahan Umum Rashdan Baba ini merupakan salah satu program di bawah transformasi kecemerlangan kepemimpinan akademik Universiti Putra Malaysia. Mengambil ketokohan kepemimpinan Allahyarham Prof Emeritus Tan Sri Dato' Indera Dr. Haji. Mohd Rashdan Baba, syarahan umum ini telah dijadikan program khusus kepada pelan transformasi kepemimpinan akademik UPM.

Turut diadakan, Majlis Pelancaran Aplikasi Putra SIMS Fasa 1 (SMP 4.0) yang disempurnakan oleh Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah.

 

 
Pautan Rakaman: 
https://www.facebook.com/watch/?v=590374526616049
 

Date of Input: 15/02/2024 | Updated: 15/02/2024 | azryadeny

MEDIA SHARING

CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
SXFFXAa~