Majlis Serah Tugas Pengarah CADe-Lead | CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
» NEWS » Majlis Serah Tugas Pengarah CADe-Lead

Majlis Serah Tugas Pengarah CADe-Lead

SERDANG, 3 April 2024 – Profesor Madya Dr. Wan Zuhainis Saad yang dilantik oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM dan memulakan tugas rasmi sebagai Pengarah baharu Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead), berkuat kuasa pada 1 April lalu menerima secara rasmi dokumen serah tugas daripada Profesor Madya Dr. Mohd Zariat Abdul Rani dalam satu majlis ringkas di sini. Majlis tersebut turut dihadiri dan disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Profesor Dr. Ismi Arif Ismail bersama ahli pengurusan serta semua staf CADe-Lead.

Pihak CADe-Lead mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Pengarah, Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis Saad serta mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Mohd Zariat Abdul Rani atas segala sumbangan dan jasa bakti yang dicurahkan selama menerajui dan memacu CADe-Lead. 

 

 

Date of Input: 04/04/2024 | Updated: 04/04/2024 | azryadeny

MEDIA SHARING

CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
SXFGBAO~