|
SERDANG, 9 April 2026 – Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead), UPM telah menerima kunjungan lawatan penandaarasan akademik daripada Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Akademik (PKPA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Delegasi UMK seramai lima (5) orang telah diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mahani binti Yusoff, Pengarah PKPA, dan turut disertai oleh barisan pengurusan serta wakil fakulti seperti berikut: Pusat Kecemerlangan Dan Pembangunan Akademik (PKPA)
Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK)
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau dan mempelajari amalan terbaik yang dilaksanakan oleh CADe-Lead, seterusnya menyokong usaha UMK dalam memperkukuh dan menambah baik tadbir urus akademik. Lawatan ini bukan sahaja membuka ruang perkongsian ilmu dan pengalaman, malah turut memperkukuh jaringan kerjasama antara UMK dan UPM dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran pendidikan tinggi. Pihak CADe-Lead merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada delegasi UMK atas kunjungan ini.
|
![]() |
Date of Input: 10/04/2026 | Updated: 23/06/2026 | azryadeny

4th Floor
Canselori Putra Building
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia