Majlis Pelancaran EKSA@CADe | CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
» NEWS » Majlis Pelancaran EKSA@CADe

Majlis Pelancaran EKSA@CADe

 

SERDANG, 24 Mac 2022 – Majlis Pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) CADe atau EKSA@CADe telah diadakan pada 24 Mac 2022 bersempena Majlis Perjumpaan Pengarah dan Staf CADe, Bil. 1/2022.

 

 

Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Pengarah CADe, Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar yang juga selaku Penaung/ Penasihat Jawatankuasa Pelaksana EKSA@CADe. Beliau mengucapkan setinggi penghargaan dan tahniah atas kerjasama serta komitmen AJK dan semua staf CADe dalam inisiatif permulaan pelaksanaan EKSA@CADe. Dengan pelancaran ini, CADe Komited Ke Arah Pelaksanaan EKSA.

Beliau juga mengharapkan agar semangat EKSA di kalangan staf CADe dapat diterapkan dan dizahirkan melalui persekitaran tempat kerja yang lebih kondusif; dan seterusnya berupaya meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan di CADe. Beberapa inisiatif aktiviti turut diuar-uarkan termasuk Kempen 1 Staf, 1 Pokok dan juga Pertandingan Tempat Kerja Terbaik! – EKSA@CADe 2022.

 

 “Persekitaran Kondusif Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti”

 

 
 

Date of Input: 30/03/2022 | Updated: 30/03/2022 | azryadeny

MEDIA SHARING

CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
SXERWA0~