Bengkel Penyediaan Portfolio Pengajaran AFNC-KP 2023 | CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
» NEWS » Bengkel Penyediaan Portfolio Pengajaran AFNC-KP 2023

Bengkel Penyediaan Portfolio Pengajaran AFNC-KP 2023

SERDANG, 10 Januari 2024 – Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead) telah melaksanakan Bengkel Penyediaan Portfolio Pengajaran Anugerah Fellowship Naib Canselor - Kategori Pengajaran (AFNC-KP) 2023 pada 10 Januari 2024 bertempat di Putra Learning Space (PLS), CADe-Lead UPM.

AFNC-KP adalah platform pengiktirafan kepada pegawai akademik yang mempamerkan kecemerlangan dan daya inovasi tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran seterusnya memartabatkan profesion pensyarah. Selain ia juga merupakan wahana bagi mengenal pasti calon UPM untuk Kategori Pengajaran, Anugerah Akademik Negara (AAN).

Bengkel telah disertai seramai 17 daripada 26 orang calon keseluruhan AFNC-KP bagi tahun 2023. Gs. Ts. Dr. Mohammad Mujaheed Hassan daripada Fakulti Ekologi Manusia iaitu Penerima AFNC-KP 2021 telah dijemput bagi mengendalikan sesi perkongsian dalam penyediaan portfolio pengajaran ini.

Melalui sesi perkongsian, calon didedahkan dengan pelbagai aspek pembangunan portfolio bermula daripada pengenalan kriteria, perancangan, reka bentuk sehingga penilaian portfolio pengajaran. Ini penting bagi memastikan Portfolio Pengajaran AFNC-KP yang disediakan oleh semua calon adalah berkualiti dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Sesi bengkel telah dimulakan dengan taklimat calon AFNC-KP yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Zariat Abdul Rani, Pengarah CADe-Lead.

 

 

Date of Input: 09/02/2024 | Updated: 09/02/2024 | azryadeny

MEDIA SHARING

CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
SXFFTAJ~