Bengkel Pengukuhan Kepemimpinan Akademik UPM | CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
» NEWS » Bengkel Pengukuhan Kepemimpinan Akademik UPM

Bengkel Pengukuhan Kepemimpinan Akademik UPM

 

KUALA LUMPUR, 2 Oktober 2022 – Universiti Putra Malaysia (UPM) memperkukuh kecemerlangan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan dengan penganjuran Bengkel Pengukuhan Kepemimpinan Akademik.

Bengkel yang bermula 30 September hingga 2 Oktober ini bertujuan untuk memacu transformasi fakulti dan mewujudkan komitmen dekan bagi terus mengekalkan kecemerlangan UPM.

Naib Canselor UPM, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata UPM akan sentiasa membantu bidang penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran dalam memastikan kelangsungan bidang pendidikan.

"Saya percaya 19 peserta yang hadir dalam program ini mampu menakhoda kapal UPM untuk bergerak terus ke hadapan. Kita akan gunakan segala kepakaran yang ada sehabis baik," katanya dalam ucapan penutup bengkel ini.

Bengkel yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Akademik (CADe) UPM, disertai oleh dekan-dekan fakulti, termasuk Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC), Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) dan Pusat Asasi Sains Pertanian (ASPer).

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Nazamid Saari dan Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin.

 

 
Sumber Berita: Facebook UPM
 

Date of Input: 04/10/2022 | Updated: 04/10/2022 | azryadeny

MEDIA SHARING

CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
WXFdEAJ~