Bengkel Penambahbaikan Kerangka CbTnL Dan Pembangunan Kerangka C-bIL UPM | CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
» NEWS » Bengkel Penambahbaikan Kerangka CbTnL dan Pembangunan Kerangka C-bIL UPM

Bengkel Penambahbaikan Kerangka CbTnL dan Pembangunan Kerangka C-bIL UPM

SERDANG, 12 September 2023 – Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead) telah menganjurkan Bengkel Penambahbaikan Kerangka Competency-based Teaching and Learning (CbTnL) dan Pembangunan Kerangka Competency-based Institutional Leadership (C-bIL) pada 12 September 2023 bertempat di Putra Future Classroom (PFC), Fakulti Pengajian Pendidikan UPM.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk membangunkan kerangka C-bIL selain menambahbaik kerangka CbTnL sedia ada. C-bIL mendahului pembangunan kerangka Competency-based Research (C-bR) dan Competency-based Professional Practice (C-bPP) dalam usaha menggerakkan pembangunan kepemimpinan akademik universiti.

Pembangunan empat (4) kerangka kompetensi berdasarkan aspek kepemimpinan akademik ini merupakan salah satu strategi di bawah Inisiatif Transformasi Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik UPM yang dilaksanakan untuk mencapai objektif-objektif berikut: i) Membangunkan bakat kepemimpinan akademik sebagai barisan pelapis pemimpin akademik; ii) Melahirkan pemimpin akademik yang mampu menerajui UPM ke arah kecemerlangan; iii) Melahirkan pemimpin akademik yang tersohor di peringkat nasional dan antarabangsa; dan iv) Melahirkan diri pemimpin akademik yang berkarisma dan berwibawa yang dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat sejagat.

Bengkel disertai seramai 23 orang terdiri daripada ahli pengurusan dan barisan felo bersekutu CADe-Lead ini telah dikendalikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Muhd Khaizer Omar (Timbalan Pengarah, Pembangunan dan Kepemimpinan Pegawai Akademik, CADe-Lead) yang bertindak sebagai fasilitator dan turut dibantu oleh ahli Jawatankuasa Kerja Kepemimpinan (JKLead) UPM.

 

 

Date of Input: 13/09/2023 | Updated: 13/09/2023 | azryadeny

MEDIA SHARING

CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
SXERXAV~