PUTRA ACADeMIA 05 [ Dec 2023 ] | CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
» PUTRA ACADeMIA 05 [ Dec 2023 ]

PUTRA ACADeMIA 05 [ Dec 2023 ]

     
     
 
 

TRANSFORMASI CADe KEPADA CADe-Lead:

MEMACU KECEMERLANGAN KEPEMIMPINAN AKADEMIK DI UPM

 

Pusat Pembangunan Akademik atau Centre for Academic Development yang lebih sinonim dengan singkatan CADe ditubuhkan pada tahun 2003. Entiti ini  pada asal penubuhannya berfungsi untuk membangunkan modul-modul dan program-program peningkatan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran di Universiti Putra Malaysia (UPM). Bagi menyokong kepada kefungsian ini,  dua bahagian dibentuk iaitu Bahagian Pengurusan Ilmu dan Bahagian Pembangunan Pengajaran dan Pembelajaran. Antara peranan eksklusif pusat ini adalah menguruskan sistem-sistem pengoperasian dan bahan-bahan akademik, pengurusan hak harta intelek, penyelidikan dan pembangunan serta pemajuan staf dan latihan. Ketahui lebih lanjut

 
Prof. Madya Ts. Dr. Muhd Khaizer Omar
Timbalan Pengarah
Pembangunan dan Kepemimpinan Pegawai Akademik (PKPA)
Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead)
Universiti Putra Malaysia
 
 
     
 
 

PERSEPSI PEKERJA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TERHADAP PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI (ISO 9001:2015)

 

Sistem Pengurusan Kualiti (Quality Management Systems) atau singkatannya QMS merupakan suatu pendekatan proses agar sesebuah organisasi berfungsi dengan baik dan memenuhi kehendak pelanggan atau pihak berkepentingan. ISO 9001 merupakan satu set standard antarabangsa yang memastikan pengurusan kualiti sesebuah organisasi sentiasa berada pada tahap yang optimum. Kerajaan Malaysia melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 1996, telah mengarahkan pelaksanaan MS ISO 9000 di semua agensi kerajaan, sebelum akhir tahun 2000. Ketahui lebih lanjut

 
Prof. Dr. Amin Ismail, Prof. Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria, Pn. Haslida Hassan,     
Pn. Zenaida Md. Zenon, Pn. Shamriza Shari dan Pn. Siti Fatimah Hasim
Pusat Jaminan Kualiti, Universiti Putra Malaysia
     
     
 
 
 

MENCARI PEMIMPIN YANG SYUMUL

 

Memimpin merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang cukup berat untuk digalas. Ciri-ciri pemimpin yang "kuat" dan amanah merupakan tonggak kepada pemimpin yang syumul seperti yang digariskan dalam Islam. Sebagai khalifah di muka bumi ini, kepemimpinan dalam konteks Islam memberikan peranan yang jelas, iaitu, tugas manusia untuk memakmur, membangun, dan memodenisasi kehidupan duniawi dengan memanfaatkan dan mensyukuri sumber-sumber bumi yang dikurniakan Illahi. Baca selanjutnya

 
Prof. Madya Ts. Dr. Muhd Khaizer Omar
Timbalan Pengarah
Pembangunan dan Kepemimpinan Pegawai Akademik (PKPA)
Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead)
Universiti Putra Malaysia
 
 
 
 
 

SULAM PEMACU AGENDA KELESTARIAN PENTAHELIX UPM

 

Service learning” adalah satu ungkapan yang pada dasar literal bermaksud pembelajaran perkhidmatan. Tetapi apabila kita melihat dari konteks pedagogi, service learning merupakan satu kaedah pembelajaran dalam kuliah yang mengintegrasikan perkhidmatan kepada masyarakat dan seterusnya meningkatkan pengalaman pembelajaran seseorang pelajar. Ketahui lebih lanjut

 
Dr. Mohd Mokrish Md Ajat
Fellow Bersekutu CADe-Lead
Pensyarah Kanan
Jabatan Sains Praklinikal Veterinar
Fakulti Perubatan Veterinar
Universiti Putra Malaysia
 
 
 
     
     
     
 

PENGANJURAN I-PICTL 2023

 
     

+

Program 6th International Putra InnoCreative Carnival in Teaching and Learning (I-PICTL) 2023 yang dianjurkan oleh CADe-Lead UPM telah berlangsung dengan jayanya pada 14 hingga 16 November 2023 secara dalam talian. Karnival tahunan ini mengoptimumkan platform GatherTown sebagai ruang maya atau Metaverse sebagai ruang pameran dan sosial.  Karnival yang dihadiri oleh 285 <<250 peserta, 20 non-presenter, 15 I-PICTL Awards>> orang peserta dari peringkat Kebangsaan mahupun antarabangsa ini dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM pada 14 November 2023. Baca selanjutnya

+

     
 
Ts. Dr. Mas Nida Md. Khambari dan Pn. Siti Fatimah Ahmad 
Timbalan Pengarah Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (IPP)
dan Setiausaha Timbalan Pengarah (IPP)
Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead)
Universiti Putra Malaysia
 
     
     
     
     

Updated:: 29/12/2023 [azryadeny]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
WXFTXAN~