Micro-credentials | CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
» E-LEARNING UPM » Micro-credentials

Micro-credentials

 
 

Micro-credentials atau dapat diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai “pentauliahan-mikro” merupakan satu konsep pensijilan secara digital yang mengiktiraf pemerolehan pengetahuan, kemahiran atau kecekapan dalam bidang ilmu tertentu yang spesifik, yang boleh merupakan komponen mikro daripada pengetahuan, kemahiran atau kecekapan yang ditawarkan sama ada daripada program akademik yang telah mendapat akreditasi, atau mandiri (stand-alone), yang kedua-duanya menyokong pengembangan akademik, profesional, teknikal dan pembentukan peribadi individu.

Secara prinsipnya, Micro-credentials UPM merupakan satu sistem pentaulihan yang memberikan pengiktirafan terhadap pemerolehan atau peningkatan pengetahuan, kemahiran atau kompetensi spesifik pada kadar atau volumenya yang kecil atau mikro, yang diikuti oleh pelajar/peserta dalam tempoh tertentu, melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan menerusi platform fizikal atau dalam talian, dengan kaedah penaksiran yang dapat mengukur pencapaian hasil pembelajaran atau kompetensi tertentu secara objektif.

 
   
     
   
   

 

Platform PutraMOOC

 

 

   

Pembangunan PutraMOOC adalah untuk menawarkan kursus dalam talian di bawah inisiatif PutraMOOC dan Micro-Credentials di UPM. Sejak 2019, kami telah menerima bilangan pengguna yang menggalakkan daripada beberapa peserta dari pelbagai negara di seluruh dunia.

Dengan bercirikan Moodle 4.0, pengemaskinian wajah halaman platform PutraMOOC adalah berfokus untuk menampakan halaman yang lebih menarik, interaktif dan mesra pengguna.

CADe-Lead terbuka kepada mana-mana organisasi awam atau swasta untuk mencipta sebarang kursus berpotensi di bawah platform PutraMOOC.

 

PutraMOOC: http://putramooc.upm.edu.my

 
 
   
   

 

Kursus Micro-credentials UPM

                 
         
         
   
         
                 
 
 

Updated:: 27/07/2023 [farisaqil]

MEDIA SHARING

SXFFFAv~