Announcement | CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
» OUR SERVICES » RESEARCH INCENTIVE GRANT FOR TEACHING AND LEARNING (GIPP) » Announcement

Announcement


7 Oktober 2024

 

PEMBUKAAN PERMOHONAN GERAN INSENTIF PENYELIDIKAN UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (GIPP) BERFOKUS BAGI TAHUN 2024

 

Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead) selaku urusetia GIPP mempelawa semua pensyarah tetap/ kontrak UPM untuk memohon GIPP 2024 yang akan mula dibuka dari 7 Oktober 2024 (Isnin) hingga 7 November 2024 (Khamis).

Butiran terperinci maklumat penyelidikan adalah seperti berikut:

Perkara Keterangan   
Syarat Permohonan

 

  1. Semua pensyarah tetap/ kontrak UPM layak memohon. Keutamaan diberikan kepada pensyarah yang memilih laluan pengajaran.
  2. Pemohon mestilah tidak mempunyai Geran Putra yang aktif. 
  3. Pemohon bebas dari sekatan mana-mana permohonan Geran dari sumber Dana RU.
  4. Keutamaan projek penyelidikan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara kolaborasi antara fakulti/ sekolah.
  5. Tempoh maksimum projek selama 18 bulan.
  6. Jumlah belanjawan projek penyelidikan maksimum RM20,000.

 

Fokus Penyelidikan

 

i. Memperkasa Pendidikan Berpandukan Data dengan AI dan Analitik Pembelajaran

  • FokusMemanfaatkan AI dan analisis data untuk meningkatkan  pembelajaran peribadi, menjejaki kemajuan pelajar, dan memperbaiki strategi pengajaran.
  • Inisiatif: Analitik pembelajaran, pembelajaran berintegrasi AI.

 

     

ii. Pembelajaran Imersif melalui Pendidikan Maya dan Metaverse 

  • Fokus: Mewujudkan pengalaman pendidikan terkini dengan makmal maya dan teknologi metaverse, membolehkan pelajar terlibat dalam persekitaran interaktif dan imersif.
  • Inisiatif: Pendidikan metaverse, makmal maya.

 

 

iii. Pendidikan Fleksibel dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Melalui Micro-credentials

  • FokusMempromosi model microcredentials dan pendidikan fleksibel yang membolehkan pelajar dan tenaga profesional mempelajari secara kendiri serta membina kemahiran yang relevan untuk masa depan.
  • InisiatifMicrocredentials, Pendidikan fleksibel.

 

 

iv. Pendidikan Berasaskan Nilai dan Kelestarian melalui SULAM@UPM

  • FokusMengintegrasikan pendidikan berasaskan nilai dan prinsip kelestarian melalui aktiviti pembelajaran (SULAM), membentuk sahsiah pelajar yang bertanggungjawab dan memiliki kesedaran sosial.
  • Inisiatif: Modul SULAM, Kerangka.

 

 

v. Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran dengan Pendekatan Berasaskan Kompetensi

  • FokusMembangunkan model dan sumber pengajaran efektif berasaskan kompetensi pengajaran dan pembelajaran (CbTnL) yang berstruktur dan berkesan untuk Pembelajaran Berasaskan Hasil (OBE).
  • Inisiatif: Buku Panduan OBE, Modul untuk CbTnL.

 

 

vi. Kerjasama Global melalui pembelajaran Antarabangsa Kolabratif dalam Talian (COIL)

  • FokusMeningkatkan kerjasama antarabangsa dengan mengintegrasikan COIL ke dalam program akademik, membolehkan pembelajaran rentas sempadan dan perkongsian pengalaman antara institusi.
  • Inisiatif: Pembelajaran Antarabangsa Kolaboratif Dalam Talian (COIL).

 

Output Penyelidikan/ Penerbitan

 

  1. Penerbitan: a. 1 penerbitan dalam Quartile 1 hingga 4, ATAU b. 1 penerbitan jurnal CIJ, ATAU
  2. Produk atau inovasi pengajaran dan pembelajaran yang dapat dimanfaatkan oleh dua disiplin yang berbeza, ATAU
  3. Modul/ Garis Panduan/ Playbook. ATAU
  4. Harta Intelek (IP).  

 

 

Tatacara permohonan dan penilaian GIPP 2024 adalah seperti berikut: 

No. Perkara Keterangan   
 i.
 
Pemohon perlu memuat turun Borang Permohonan GIPP Berfokus 2024 di laman sesawang CADe-Lead.
 

Seperti di bawah.

ii.  Pemohon perlu menyerahkan borang permohonan GIPP Berfokus 2024 yang lengkap dalam bentuk softcopy dan hardcopy (dua salinan) kepada Urusetia GIPP, CADe-Lead bersama dengan maklumat/ dokumen sokongan, selewat-lewatnya pada 7 November 2024 (Khamis).
 
Penyerahan melalui softcopy:
 
Penyerahan melalui hardcopy:
Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead),
Tingkat 4, Bangunan Canselori Putra
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor
 
 iii.
 
 - Semua permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Panel Penilai GIPP 2024.
 - Penilaian adalah berdasarkan kertas cadangan dan pembentangan lisan oleh ketua/ ahli projek.
 

 

 

Maklumat berkaitan:

 

 

 
 

 

[ Pengumuman Lepas ]

 

6 September 2023
 

18 April 2023
 
Permohonan Geran Insentif Penyelidikan untuk Pengajaran dan Pembelajaran (GIPP) Tahun 2023 Telah Ditutup.

16 Mac 2023
 

     
     
     

 
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:


Seksyen Pembangunan Pengajaran & Pembelajaran (PPP), CADe-Lead
En. Saiful Bahrie (03-9769 7160 / sbahrie@upm.edu.my) / Pn. Suraya (03-9769 1466 / surayamuda@upm.edu.my)

 

Updated:: 07/10/2024 [azryadeny]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
X, (09:11:33pm-09:16:33pm, 13 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]