Lawatan Penanda Aras Kepemimpinan Akademik Ke UM LEAD | CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
» NEWS » Lawatan Penanda Aras Kepemimpinan Akademik ke UM LEAD

Lawatan Penanda Aras Kepemimpinan Akademik ke UM LEAD

KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2023 – Ahli Jawatankuasa Kerja Kepemimpinan Universiti (JKLead), UPM telah mengadakan lawatan penanda aras ke UM LEAD dalam usaha ke arah agenda Transformasi Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik yang direncanakan di Universiti Putra Malaysia.

Lawatan diadakan khusus untuk mencapai objektif berikut: 1. Mengetahui tentang fungsi dan tugas UM LEAD dalam menyokong pembangunan kepemimpinan institusi di Universiti Malaya (UM); 2. Membincang tentang perkara-perkara asas dalam pembentukan kerangka kompetensi dan proses himpunan bakat yang diamalkan di UM; 3. Mengetahui tentang perihal program-program pembangunan kepemimpinan yang dilaksanakan di UM; dan 4. Membincangkan tentang usaha kolaborasi dan strategi yang boleh dilaksanakan di antara UPM dan UM bagi memprakasa pembangunan kepemimpinan di institusi.

Delegasi lawatan ahli JKLead, UPM seramai 6 (orang) yang diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Muhd Khaizer Omar (Timbalan Pengarah, Pembangunan dan Kecemerlangan Pegawai Akademik, CADe-Lead) telah disantuni sendiri oleh YBhg. Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff, Pengarah UM LEAD.

Pihak CADe-Lead amat berterima kasih atas perkongsian maklumat yang diberikan dan hasil lawatan penanda aras ini akan dijadikan rujukan dan panduan untuk aktiviti pembangunan dan pelaksanaan kepemimpinan akademik di UPM.

 

 

Date of Input: 19/10/2023 | Updated: 19/10/2023 | azryadeny

MEDIA SHARING

CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
WXFdEAZ~