Lawatan Penanda Aras Aktiviti SULAM Oleh PKPA, UMK | CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
» NEWS » Lawatan Penanda Aras Aktiviti SULAM oleh PKPA, UMK

Lawatan Penanda Aras Aktiviti SULAM oleh PKPA, UMK

 

SERDANG, 19 Julai 2022 – Pusat Pembangunan Akademik (CADe) telah menerima kunjungan delegasi dari Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Akademik (PKPA), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

 

 

Lawatan bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pelaksanaan aktiviti Service Learning Malaysia – University For Society (SULAM) di peringkat universiti dan jaringan kerjasama yang telah dilakukan bersama masyarakat, industri dan NGO yang terlibat. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk melihat sistem yang telah dibangunkan untuk aktiviti SULAM di UPM.

Kehadiran delegasi terdiri daripada ahli jawatankuasa dan penyelaras SULAM UMK yang diketuai oleh Prof. Dr. Suria Baba (Pengarah PKPA, UMK) tersebut telah disantuni oleh wakil CADe iaitu Prof. Madya Dr. Suriana Sabri (Timbalan Pengarah, PPP) dan juga Pn. Nor Azirawani Man (Ketua Bahagian, PPP).

 

 

Date of Input: 25/07/2022 | Updated: 25/07/2022 | azryadeny

MEDIA SHARING

CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
SXERWAy~