Program Bulan Akademia PUTRA UPM (penjenamaan semula Bulan Pendidik) merupakan acara tahunan bersempena sambutan Hari Akademia (5 Oktober) dan Bulan Akademia Kebangsaan pada bulan Oktober. Objektif program Bulan Akademia PUTRA UPM adalah untuk menghargai dan mengenang jasa serta pengorbanan pegawai akademik universiti dalam mendidik anak bangsa dan generasi akan datang.
Tema sambutan pada tahun ini ialah "Akademia Dinamik Memacu Inovasi Lestari".