Latar Belakang |
|
|
Penganjuran program khusus bagi meraikan pegawai akademik telah menjadi acara tahunan universiti sejak tahun 2008. Program ini pada asalnya dikenali sebagai Bulan Putra SATRIA (2008–2015), diikuti dengan Minggu Putra SATRIA (2016–2017), dan seterusnya Hari Pendidik (2018). Selaras dengan pewartaan Kerajaan Malaysia yang menetapkan 5 Oktober sebagai Hari Akademia Kebangsaan dan bulan Oktober sebagai Bulan Akademia, UPM telah mula menganjurkan Bulan Pendidik sejak tahun 2019. Pada Mesyuarat Jawatankuasa Pengajaran dan Pembelajaran Universiti Putra Malaysia (JKPdP UPM) Kali Ke-47 yang diadakan pada 16 April 2025, cadangan penjenamaan semula nama program Bulan Pendidik UPM kepada Bulan Akademia PUTRA telah diluluskan bagi merealisasikan objektif program ini dalam menyokong visi dan misi universiti. Penganjuran Bulan Akademia PUTRA 2025 merupakan edisi ke-7 dan akan berlangsung pada bulan Oktober tahun ini. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) serta Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead) dengan kerjasama Persatuan Pegawai Akademik UPM (PPAUPM). |
|
Objektif |
|
|
Program Bulan Akademia PUTRA UPM dilaksanakan untuk:
|
|
Tema |
|
“Akademia Dinamik Memacu Inovasi Lestari” |
|
|
Tema ini mencerminkan komitmen UPM dalam membina ekosistem akademia yang proaktif, responsif dan seiring dengan perubahan zaman. Akademia yang dinamik bukan sahaja mampu menyesuaikan diri dengan cabaran global, malah berupaya menjadi peneraju kepada inovasi yang memberi impak berterusan dan lestari. |
|
| Bulan Akademia PUTRA UPM 2025 [ Kembali ] | |
Updated:: 29/09/2025 [azryadeny]

4th Floor
Canselori Putra Building
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia