PUTRA-eX | CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
» E-LEARNING UPM » PUTRA-eX

PUTRA-eX

     
     
 

Akses kursus berkualiti tinggi

dan tingkatkan kemahiran

melalui PUTRA-eX

     
     
     

 

PutraMOOC kini dikenali sebagai Putra-eX – merupakan penjenamaan baharu yang mencerminkan evolusi dalam pembelajaran digital UPM. ‘eX’ dalam Putra-eX membawa maksud eXplore, fleXible dan eXcel, melambangkan komitmen kami untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang lebih terbuka, anjal dan cemerlang.

 

     
 
                 
         
         
   
         
                 
 

eXplore merujuk kepada kemudahan untuk meneroka pelbagai kursus seperti Micro-credentials (MC) melalui akses kepada kandungan yang interaktif dan immersif serta sumber pembelajaran yang relevan dan terkini, seterusnya merangkumi elemen extension yang memberi peluang kepada peserta untuk menyokong pembelajaran kendiri, dan penerokaan topik rentas disiplin.

fleXible merujuk kepada aspek kebolehcapaian yang tinggi—membolehkan pembelajaran berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja, dengan keupayaan menyesuaikan pengalaman pembelajaran mengikut keperluan, minat, dan tahap individu.

eXcel merujuk kepada komitmen individu untuk kekal relevan, adaptif, dan terlibat secara intelektual pada setiap peringkat kehidupan, seterusnya membuka ruang kepada penambahan nilai berterusan yang mampu meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran individu dalam pelbagai bidang.

Gabungan ketiga-tiga elemen ini menjadikan hab ini sebagai platform pembelajaran yang dinamik, selaras dengan aspirasi untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat.

 
 
   
 
 
Platform PUTRA-eX menawarkan dua kategori kursus utama iaitu:
   
 
MOOC Course: Kursus dalam talian terbuka yang boleh diakses oleh semua, sesuai untuk pembelajaran umum.

Micro-credentials Course: Kursus berstruktur dengan pensijilan, sesuai untuk pembangunan kemahiran profesional dan akademik.

     
 

Sertai kami dalam dunia pembelajaran

atas talian PUTRA-eX

 

Sedia untuk bermula? Muat turun borang MOOC & Micro-credentials anda dan mulakan perjalanan pembelajaran hari ini!  
   

   Massive Open Online Courses (MOOC)   

 
 
Borang-borang keperluan (MOOC):
 
 
 

   Micro-credentials (MC)   

 
Borang-borang keperluan (Micro-credentials):
 
 
Borang Perancangan dan Reka Bentuk Kursus MC
 
Borang Semakan Kualiti Kursus MC
 
Borang Penilaian Kursus MC
 
 

   Contoh Borang Micro-credentials (MC)   

 
[ C O N T O H ]
Contoh borang Micro-Credentials UPM yang telah dilengkapkan:
 
Kursus Artificial Intelligence for Society in 100 Minutes
 
 

     
 

Updated:: 23/02/2026 [azryadeny]

MEDIA SHARING

Z, (12:29:13am-12:34:13am, 01 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]