Laporan Analisis Keperluan Latihan (Training Need Analysis) Pegawai Akademik Universiti Putra Malaysia (UPM) | CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
» ARTICLE » Laporan Analisis Keperluan Latihan (Training Need Analysis) Pegawai Akademik Universiti Putra Malaysia (UPM)

Laporan Analisis Keperluan Latihan (Training Need Analysis) Pegawai Akademik Universiti Putra Malaysia (UPM)

 

Dalam usaha untuk meneruskan legasi kecemerlangan dalam bidang akademik, penyelidikan dan inovasi  serta mengekalkan status Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai universiti bereputasi antarabangsa, tumpuan kini diberikan kepada strategi-strategi untuk membangunkan sumber manusia yang berprestasi tinggi  dan cekap.  Bagi merealisasikan hasrat ini, keperluan dalam menggubal program-program latihan yang berkesan dan berstruktur amat penting dalam memastikan UPM sentiasa proaktif menghasilkan bakat-bakat yang berwibawa serta kompeten khususnya dalam kalangan pegawai-pegawai akademik di UPM. Penganjuran program-program latihan yang berfokus dan berimpak adalah signifikan bukan sahaja daripada aspek peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran semata-mata malah menjadi tunjang dalam penghasilan penyelidikan yang berimpak serta mewujudkan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti di peringkat universiti.

Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengambil inisitif untuk melaksanakan kajian tinjauan iaitu analisis keperluan latihan (Traning Needs Analysis) terhadap pegawai-pegawai akademik di UPM. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keperluan latihan yang diperlukan oleh pegawai akademik meliputi aspek kemahiran, pengetahuan, serta mengenalpasti keupayaan semasa pegawai akademik melibatkan keberkesanan pengajaran, aktiviti penyelidikan dan juga persepsi serta maklum balas mereka terhadap mutu dan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan di UPM. Dengan memahami keperluan serta maklum balas yang diberikan, program latihan yang relevan dapat dirancang dan seterusnya dapat menzahirkan impak positif kepada pegawai akademik agar mereka terus kompeten dan dapat memberikan sumbangan yang signifikan kepada kecemerlangan universiti serta mampu melahirkan graduan yang berkualiti yang dapat melonjakkan kemajuan sejagat.

Menerusi penerbitan artikel ini, kita dapat perincikan bagaimana proses analisis keperluan latihan berlaku sekaligus dapat membantu universiti dalam mengenal pasti keperluan latihan yang spesifik, merancang program latihan yang berkesan dan lebih berstruktur.  Hasil dapatan kajian ini juga diharapkan mampu memberikan input yang positif selari dengan matlamat serta halatuju universiti.

 

Latar Belakang

 

Analisis Keperluan Latihan/Training Needs Analysis (TNA) merupakan salah satu kaedah yang dilaksanakan bagi mengenal pasti keperluan latihan pegawai akademik yang berkesan dalam memenuhi dan mencapai matlamat sesubuah organisasi. Analisis ini juga turut berperanan untuk memahami keperluan latihan yang sebenar serta membolehkan sesebuah organisasi membuat perancangan serta pelaksanaan latihan yang relevan serta bertepatan dengan matlamat sesebuah organisasi.

Seksyen Pembangunan dan Kepemimpinan Pegawai Akademik (PKPA), CADe-Lead telah melaksanakan kajian TNA yang bertujuan untuk meninjau serta mengenal pasti keperluan latihan pegawai akademik di UPM dalam memastikan pelaksanaan latihan yang disediakan adalah bersesuaian dengan keperluan latihan yang diperlukan oleh pegawai-pegawai akademik di UPM. Hasil dapatan kajian ini juga diharapkan mampu memberikan panduan kepada pihak pengurusan CADe-Lead dalam merancang serta menentukan program latihan yang efektif dan relevan kepada pegawai akademik UPM seiring dengan matlamat UPM.

 

Metodologi

 

Makluman pelaksanaan kajian ini telah dibuat melalui hebahan emel kepada pegawai-pegawai akademik UPM pada 10 Januari 2024. Soal selidik adalah melalui aplikasi Google Form (Lampiran I). Kajian ini dijalankan selama 10 hari iaitu bermula pada 10 hingga 19 Januari 2024. Instrumen kajian dibangunkan berdasarkan lima (5) domain Kerangka Putra Innocreative Competency Based Training-Teaching and Learning (CBTnL) iaitu 1) Academivc Governance, ethics and Professionalism, 2) Curriculum Design and Management, 3) Innovative Delivery and Assessment, 4) Educational Research dan 5) Supervision, Mentoring and Extension. 

Sasaran kajian ini adalah melibatkan semua pegawai akademik Fakulti dan Sekolah di kampus UPM Serdang serta Kampus UPM di Bintulu, Sarawak. Kajian ini juga turut diperluaskan kepada guru bahasa di Pusat Pemajuan dan Kompetensi Bahasa (CALC) dan Pusat Asasi Sains (ASPutra) UPM. Para responden diminta untuk melengkapkan kajian melalui pautan secara dalam talian yang diedarkan. Data survei dianalisis untuk mengenal pasti corak keperluan latihan berdasarkan dapatan kajian yang diterima.

Instrumen kajian ini dibangunkan di dalam versi Bahasa Inggeris. Namun begitu, responden diberi kebebasan untuk memberikan maklum balas sama ada di dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris. Kesemua maklum balas dikumpulkan dan dianalisis berdasarkan lima (5) domain CBTnL.

 

Demografi Responden

 

Seramai 224 orang responden telah memberikan maklum balas terhadap kajian yang dijalankan. Daripada jumlah ini, tiga (3) fakulti mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 11.6% responden dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) (8.0%) dan Fakulti Kejuruteraan (FK) (8.0%). Maklumat responden adalah seperti di dalam Jadual 1.

 
Jadual 1: Responden Kajian Mengikut Fakulti/Sekolah/Pusat di UPM
 
 

Hampir dua pertiga (62.9%) responden adalah terdiri daripada Pensyarah Kanan di UPM, diikuti oleh Prof. Madya (25.4%), Guru bahasa (7.6%) dan Profesor (4.0%) (Jadual 2). Berdasarkan jumlah ini, 28.6% responden adalah terdiri dalam kalangan pegawai akademik yang mempunyai pengalaman pengajaran di antara 5 – 10 tahun, diikuti oleh pengalaman pengajaran melebihi 15 tahun (25.9%) dan pengalaman pengajaran di antara 10 – 15 tahun (24.6%). Secara keseluruhannya, lebih tiga perempat (79.0%) responden kajian ini adalah terdiri daripada pegawai-pegawai akademik yang telah berkhidmat melebihi 5 tahun dan ke atas. Maklumat adalah seperti di dalam Jadual 3.   

 
Jadual 2: Jawatan Responden
 
Jadual 3: Tempoh Pengajaran Mengikut Jawatan Responden
 
 
 

Hasil Dapatan Kajian

 

A. Academic Governance and Leadership

 
+
  1. Dapatan kajian menunjukkan bahawa purata min bagi pencapaian kompetensi responden adalah pada tahap Tidak kompeten (min <3.50) bagi 13 item (item 3-15) serta tahap Agak kompeten (min 3.50 – 3.99) bagi item 1 dan 2. Manakala kepentingan kompetensi menunjukkan tahap Penting (min 4.00 – 4.49) bagi item 8-15 dan Sangat penting (min 4.50 – 5.00) bagi item 1-7, seperti ditunjukkan pada Jadual 4.
  2. Responden juga memberikan maklum balas cadangan latihan yang bersesuaian dengan tadbir urus akademik, etika dan profesional di UPM. Di antara cadangan latihan yang diberikan adalah Organizational leadership, Leveraging the use of AI in academic governance, ethics, or professionalism to enhance work productivity, Additional training in data privacy and digital ethics would be highly beneficial dan Building positive and collaborative relationships, dan Communicating effectively with faculty, staff, and student. Maklumat cadangan latihan adalah seperti di dalam Jadual 5.
   
 
Jadual 4: Perbandingan Tahap Pencapaian Kompentensi dan Tahap Kepentingan Kompentensi
 
   
 
Jadual 5: Cadangan latihan bagi domain academic governance, ethics and professionalism
 
   
   

B. Curriculum Design and Management

 
+ Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden memberikan purata penilaian di bawah skala 4.00 (Comfortable) terhadap proses pengurusan berkaitan rekabentuk dan pengurusan kurikulum di PTJ dengan purata penilaian sebanyak 3.80 (Jadual 6). Responden turut mengesyorkan beberapa aspek yang perlu diberikan penambahbaikan dan latihan lanjutan khususnya berkaitan Curriculum development and revision (39.3%), Constructive alignment (30.4%) dan Assessment strategies (22.3%) (Jadual 7).    
   
 
Jadual 6: How comfortable are you with the current curriculum design 
and management processes in your department?
 
   
 
Jadual 7: What aspects of curriculum design and management do 
you believe you need further training in?
 
   
   

C. Innovative Delivery and Assessment

 
+ Kajian menunjukkan bahawa kekerapan responden memasukkan elemen inovatif dalam kursus pengajaran mereka adalah pada tahap sederhana dengan purata penilaian sebanyak 3.72 (Jadual 8). Dapatan kajian juga mendapati bahawa lebih separuh (50.9%) daripada responden menyatakan bahawa mereka biasa dalam menggunakan kaedah penilaian yang inovatif tetapi tidak yakin untuk menggunakannya dalam penilaian (Jadual 9). 
   
 
Jadual 8: How often do you incorporate innovative teaching methods in your courses?
 
   
 
Jadual 9: Are you familiar with and confident in using innovative assessment methods
(e.g., project-based assessment, technology-enhanced assessment)?
 
   
 

D. Educational Research

 
+

Kajian menunjukkan bahawa lebih 60% responden merasakan bahawa mereka berada pada tahap neutral hingga tahap Not Confident  apabila mereka memberikan penilaian terhadap keyakinan dalam mengendalikan penyelidikan pendidikan (Jadual 10). Para respon juga mencadangkan latihan yang bersesuaian dengan penyelidikan pendidikan (Educational Research) antaranya adalah Artificial intelligence and metaverse application in antomy, histology and embryology teaching & learning, Qualitative method, Quantitative method, Mixed method & Contemporary or latest method, Training on action research to improve practices and student outcomes dan Advanced Qualitative Research. Cadangan senarai latihan berkaitan Penyelidikan Pendidikan adalah seperti di dalam Jadual 11.

   
 
Jadual 10: How confident do you feel in conducting educational research?
 
   
 
Jadual 11: Specific areas within educational research where you feel
additional training would be beneficial?
 
   
   

E. Supervision, Mentoring and Extension

 
+

Dapatan kajian menunjukkan bahawa hanya 48.2% responden sahaja mempunyai latihan yang formal dalam penyeliaan, permentoran dan aktiviti pengembangan (Jadual 12). Di antara bidang berkaitan dengan penyeliaan, bimbingan dan bimbingan lanjutan yang diperlukan oleh responden adalah Balancing mentorship with other responsibilities (75), Time management for effective supervision (72), Incorporating technology in extension efforts (65), Conflict resolution in supervision (65) dan Effective communication in mentoring (65) (Jadual 13).

   
 
Jadual 12: Have you received any formal training in supervision,
mentoring, or extension activities?
 
   
 
Jadual 13: What areas related to supervision, mentoring or extension
do you seek to benefit from additional training
 
   
   
 

Cadangan dan Maklum balas

 

Secara umumnya, berdasarkan maklum balas serta cadangan responden yang dikemukakan, berikut merupakan ringkasan cadangan serta maklum balas responden yang bersesuaian berpandukan kepada lima (5) domain kerangka CBTnL seperti berikut;

 
 
  Domain CBT-TnL Maklum balas responden    
 
 
 

A. Academic Governance

and Leadership

  • Pemahaman terhadap dasar-dasar pentadbiran dan kepemimpinan yang berkesan
  • Memastikan dasar dan amalan akademik semasa selari dengan halatuju UPM
  • Mengadakan kursus dan bengkel yang melibatkan pemimpin/Pakar akademik meliputi aspek kemahiran pengurusan, komunikasi, dan kepemimpinan yang efektif.
   
 
 
 

B. Curriculum Design

and Management

  • Memperbanyakkan kursus/latihan berkaitan kurikulum serta hal ehwal akademik semasa.
  • Menggalakkan kolabrasi bersama fakulti/sekolah bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian pengajaran.
  • Memberi penekanan terhadap 3 perkara asas iaitu Pembangunan & semakan kurikulum, Penjajaran konstruktif dan Penetapan kaedah penaksiran yang efektif.
   
 
 
 

C. Innovative Delivery

and Assessment

  • Integrasi Teknologi: Meningkatkan penggunaan teknologi dalam pembentukan kurikulum bagi meningkatkan daya tarikan dan keberkesanan pengajaran.
  • Penyediaan latihan yang berstruktur dalam penggunaan teknologi pembelajaran yang terkini dan inovatif.
   
 
 
 

D. Educational Research

  • Pemerkasaan pensyarah dalam penyelidikan dengan memberikan latihan dan sokongan kepada pensyarah mengenai penghasilan penyelidikan yang berimpak.
  • Menggalakkan penglibatan pelajar dalam projek penyelidikan untuk meningkatkan pemahaman mereka terhadap proses penyelidikan dan mengembangkan kemahiran penyelidikan.
   
 
 
 

E. Supervision, Mentoring

and Extension

  • Penyediaan latihan untuk penyelia dan mentor dalam memberikan bimbingan yang efektif terutamanya kepada pensyarah baru dan pelajar.
  • Membangunkan program mentoring yang berstruktur bagi membantu pensyarah khususnya pensyarah baharu dalam menyesuaikan diri dengan budaya institusi dan memperbaiki kemahiran pengajaran mereka.
  • Menyediakan sumber sokongan yang mencukupi untuk pensyarah dalam menghadapi cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran, termasuk bahan-bahan latihan, panduan, dan perkhidmatan sokongan teknikal.
  • Pemerkasaan Pelajar: Menggalakkan program perluasan dan pembelajaran luar bilik darjah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memperluas pengetahuan dan kemahiran mereka di luar kurikulum formal.
   
 
 
 
 
 

Syor Penambahbaikan Program Latihan 

 

Secara keseluruhannya, dapatan kajian yang dijalankan telah memberikan input yang signifikan terhadap cadangan penambahbaikan program latihan di masa hadapan. Maklum balas responden dilihat menjurus kepada beberapa aspek penambahbaikan yang perlu diberikan perhatian dan dalam menentukan program latihan yang akan dijalankan. Berikut merupakan aspek – aspek yang perlu diberikan penekanan:

 

(1) Pembangunan Program Latihan Berterusan:

   
+
  1. Menyediakan program latihan yang berterusan dan berperingkat bagi memastikan pegawai akademik terus memperkukuhkan kemahiran dan pengetahuan mereka dalam bidang teknologi, pedagogi, dan penyelidikan.
  2. Menyediakan platform dalam talian untuk pembelajaran sendiri yang membolehkan pensyarah mengakses bahan-bahan latihan, garis panduan, webinar dan sumber-sumber berkaitan dengan pembangunan profesional.
   

(2) Penyusunan Sistem Sokongan:

   
+
  1. Membangunkan sistem sokongan khidmat nasihat dan rujukan untuk pensyarah yang memerlukan bantuan dalam menghadapi cabaran teknologi, pengajaran, atau penyelidikan.
  2. Menyediakan klinik bimbingan atau sesi sokongan teknikal yang diselenggarakan secara berkala bagi membantu pensyarah mengatasi masalah dan mencari penyelesaian penggunaan sistem dalam pengajaran dan pembelajaran.
   

(3) Pengiktirafan Prestasi dan Inovasi:

   
+
  1. Membangunkan sistem pengiktirafan yang memberi tumpuan kepada prestasi cemerlang dalam pengajaran, penyelidikan, dan inovasi dalam pembelajaran bagi meningkatkan lagi motivasi dalam kalangan pegawai akademik.
  2. Menyediakan sebarang bentuk insentif/penghargaan yang mampu memberikan peluang pengembangan kerjaya kepada pegawai akademik yang mencapai kecemerlangan dalam bidang-bidang yang ditetapkan.
   

(4) Peningkatan Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran:

   
+
  1. Membangunkan inisiatif untuk meningkatkan integrasi teknologi dalam kurikulum pengajaran, termasuk pembangunan kursus dalam talian yang interaktif dan bahan pembelajaran digital yang menarik.
  2. Menyediakan latihan khusus bagi pensyarah dalam penggunaan alat-alat teknologi yang relevan dengan mata pelajaran masing-masing.
   

(5) Mentorship dan Kolaborasi Antara Pensyarah:

   
+
  1. Menerapkan program mentorship yang menghubungkan pensyarah baru dengan mereka yang lebih berpengalaman untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman.
  2. Mewujudkan peluang kolaborasi antara pensyarah dari pelbagai disiplin untuk memperkukuhkan kecekapan pengajaran dan meningkatkan keberkesanan penyelidikan.
   

(6) Penambahbaikan Proses Penilaian dan Maklum Balas:

   
+
  1. Memperbanyakkan latihan dalam penghasilan kaedah penilaian dalam kuliah dengan merekabentuk penilaian alternatif yang menggalakkan pembelajaran secara aktif dan kreatif, seperti projek berasaskan penyelesaian masalah, penghasilan portfolio tugasan kreatif dan menyesuaikan aktiviti pengajaran berasaskan permainan.
  2. Menyediakan mekanisme yang efektif bagi pensyarah untuk menerima maklum balas berterusan daripada pelajar dan rakan sejawat untuk memperbaiki pengajaran dan penyelidikan mereka.
 

Cadangan penambahbaikan di atas diharapkan dapat memberikan variasi serta panduan yang bermanfaat dalam melaksanakan program latihan yang berupaya meningkatkan prestasi dan kecekapan pegawai akademik di UPM. Analisis keperluan latihan ini dapat memberi gambaran kepada CADe-Lead dalam menentukan kursus/latihan yang bersesuaian bagi meningkatkan kecekapan pengajaran dan pembelajaran di UPM. Dengan mengambil kira keperluan dalam setiap domain CBTnL, langkah-langkah penambahbaikan yang berkesan boleh dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti penyampaian pendidikan.

 
 

 
Disediakan oleh:
Prof. Madya Ts. Dr. Muhd Khaizer Omar,
Pn. Yasminani Mohamad & En. Saiful Bahrie Abdul Manap
Seksyen Pemerkasaan dan Kepemimpinan Pegawai Akademik (PKPA)
Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead), UPM
 

Date of Input: 03/05/2024 | Updated: 06/05/2024 | azryadeny

MEDIA SHARING

CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
SXFSXAu~