Maklumat Geran | PUSAT PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN KEPEMIMPINAN AKADEMIK
» PERKHIDMATAN KAMI » GERAN INSENTIF PENYELIDIKAN UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (GIPP) » Maklumat Geran

Maklumat Geran

 

Pengenalan

 

Dalam usaha menggalakkan aktiviti penyelidikan dalam pengajaran dan pembelajaran, Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) dalam Mesyuarat JPU Bil.429 pada 1 Februari  2012 [Minit 429.05 (k)(v)] telah meluluskan cadangan Pusat Pembangunan Akademik (CADe) untuk memperuntukkan Geran Insentif Penyelidikan untuk Pengajaran dan Pembelajaran (GIPP).

GIPP adalah inisiatif untuk meningkatkan kualiti dan keberkesanan P&P melalui aktiviti penyelidikan. Di samping itu, geran ini bertujuan untuk menyumbang idea dan kepakaran dalam penggubalan polisi P&P. Hasil penyelidikan boleh dijadikan asas dalam membuat perancangan strategik berkaitan P&P universiti, malah memberi impak kepada UPM/ pelajar sebagaimana Matlamat 1 UPM untuk mempertingkat kualiti dan daya saing graduan.

 

Objektif

 

  1. Menggalakkan usaha meningkatkan kualiti dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti penyelidikan.
  2. Menyumbang idea dan kepakaran dalam pembangunan/ pembentukan polisi yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
  3. Menyemarakkan kerjasama, komitmen dan meningkatkan kemahiran dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.
  4. Menambah penerbitan ilmiah berkaitan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pegawai akademik UPM.

 

Kriteria Pemohon

 

  1. Semua pegawai akademik UPM layak untuk memohon dengan dengan syarat projek penyelidikan dijalankan secara kolaborasi antara fakulti.
  2. Pegawai akademik bertaraf kontrak, dimestikan berkolaborasi dengan penyelidik bertaraf tetap.
  3. Pegawai akademik berstatus bukan warganegara, dimestikan berkolaborasi dengan penyelidik bersama berstatus warganegara Malaysia dan bertaraf tetap.

 

Kriteria Penilaian

 

Setiap cadangan penyelidikan dinilai oleh dua orang panel berdasarkan kriteria seperti berikut:

  1. Penyelidikan menumpukan aspek peningkatan mutu pengajaran dan pembelajaran.
  2. Huraian latar belakang penyelidikan termasuk kajian literatur.
  3. Keupayaan mencapai objektif penyelidikan.
  4. Kesesuaian metodologi penyelidikan.
  5. Kesesuaian belanjawan penyelidikan dengan aktiviti yang dicadangkan.
  6. Jangkaan hasil penyelidikan menepati objektif.
  7. Kesesuaian tempoh penyelidikan sejajar dengan objektif kajian.
  8. Hasil penyelidikan memberi impak/ manfaat kepada pengajaran dan pembelajaran di UPM/ institusi pengajian tinggi.
  9. Hasil penyelidikan membantu menangani permasalahan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
  10. Keupayaan menyumbang kepada penerbitan berimpak faktor.
  11. Potensi untuk dikomersilkan.

 

Bidang Penyelidikan

 

  Tahun Bidang Penyelidikan   

2012 & 2013

 

  1. Strategi dan kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran;
  2. Pembelajaran pelajar;
  3. Teknologi dan inovasi pengajaran dan pembelajaran;
  4. Polisi dan kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran; dan
  5. Penaksiran dan penilaian pengajaran dan pembelajaran.

 

2014

 

  1. Teknologi dan inovasi pengajaran dan pembelajaran.

 

2015 & 2016

 

  1. Pembangunan amalan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran yang boleh diaplikasi untuk kursus lain;
  2. Pembangunan instrumen penaksiran kemahiran insaniah dan domain afektif;
  3. Strategi dan kaedah penaksiran inovatif bagi melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan mampu berfikir pada aras tinggi;
  4. Strategi pengajaran kursus untuk membangunkan pelajar yang mempunyai atribut pemikiran keusahawanan; dan
  5. Strategi memupuk semangat patriotisme, cintakan Malaysia dan semangat perpaduan antara rakyat melalui kursus/ program pengajian.

 

2017

 

  1. Rekabentuk pembelajaran;
  2. Heutagogi (Heutagogy);
  3. Penaksiran autentik; dan
  4. Pembelajaran fleksibel. 

 

Bermula tahun 2017, inisiatif GIPP diperluaskan kepada penyelidikan secara kolaborasi di antara fakulti dalam usaha memantapkan penjanaan teori, idea baru, kepakaran khususnya bagi pegawai akademik yang memilih trek pengajaran. Bidang penyelidikan kolaborasi di antara fakulti memfokuskan kepada berikut: 

  1. Inovasi Kurikulum dan Kandungan;
  2. Inovasi Strategi/ Teknik Pengajaran dan Pembelajaran;
  3. Inovasi Aktiviti Pengajaraan dan Pembelajaran; dan
  4. Inovasi Penilaian dan Pentaksiran Pengajaran dan Pembelajaran.

 

2018

 

  1. Kurikulum transformatif ke arah pendidikan tinggi abad ke-21;
  2. Inovasi pembelajaran imersif maya/ teradun/ bersemuka;
  3. Penaksiran alternatif;
  4. Pembangunan sistem pengurusan maklumat bagi menyokong kampus pintar; dan
  5. Reka bentuk semula ruang pembelajaran.

 

2019

 
Pengembangan inovasi pengajaran dan pembelajaran daripada projek penyelidikan GIPP terdahulu.
 

2020

 

  1. Inovasi kandungan kurikulum yang merentas disiplin;
  2. Inovasi pembelajaran imersif maya/ teradun/ bersemuka;
  3. Strategi pengajaran berasaskan Community based Learning/ Service Learning;
  4. Strategi pengajaran berasaskan Work based Learning; dan
  5. Penaksiran Autentik. 

 

2021

 

  1. Inovasi kandungan kurikulum yang merentas disiplin;
  2. Inovasi pengajaran dan pembelajaran secara maya;
  3. Strategi pengajaran berasaskan perkhidmatan/ service learning (SULAM/ e-SULAM); dan
  4. Penaksiran holistik secara maya. 

 

2023

 

       i. Pembangunan Kurikulum Fleksibel:

  1. Percantuman antara disiplin (convergence of disciplines); multidisiplinari, interdisiplinari dan transdisiplinari;
  2. Pembelajaran global dan kepelbagaian; dan
  3. Kerangka EXCEL: Industrial Experienced Learning (IDEAL); Community Resilience Experiential Learning (CARE); Research Infused Experiential Learning (REAL); dan Personalised Experiential Learning (POISE).

 

      ii. Penyampaian Pembelajaran dan Pengajaran Transformatif:

  1. Pembelajaran dalam talian (cth: pembelajaran hibrid, micro-credentials, MOOC);
  2. Pembelajaran berdasarkan realiti maya dan realiti terimbuh;
  3. Pembelajaran berasaskan pengalaman;
  4. Pembelajaran berasaskan potensi individu (personalised learning); dan
  5. Kecerdasan buatan dan analitik data dalam pengajaran dan pembelajaran

 

     iii. Penaksiran Alternatif:

  1. Penaksiran autentik (authentic assessment); dan
  2. Penaksiran yang berintegrasi (integrated assessment).

 


 
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:


Seksyen Pembangunan Pengajaran & Pembelajaran (PPP), CADe-Lead
En. Jivananthan (03-9769 2080 / jivan@upm.edu.my) / Pn. Suraya (03-9769 1466 / surayamuda@upm.edu.my)

 

Kemaskini:: 27/03/2024 [azryadeny]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN KEPEMIMPINAN AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
SXETCAj~