BPUPM2023 / Maklumat Program | CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
» BPUPM2023 / Maklumat Program

BPUPM2023 / Maklumat Program

 

 

Latar Belakang


   
 

Penganjuran program khusus bagi meraikan pegawai akademik merupakan acara tahunan universiti sejak tahun 2008. Program tersebut dikenali sebagai  Bulan Putra SATRIA (2008 - 2015), Minggu Putra SATRIA (2016 - 2017) dan Hari Pendidik (2018). Sehubungan dengan warta kerajaan Malaysia yang menetapkan tarikh 5 Oktober sebagai Hari Akademia Kebangsaan dan Bulan Oktober merupakan Bulan Akademia, UPM telah menganjurkan program Bulan Pendidik sejak tahun 2019. Penganjuran Bulan Pendidik UPM merupakan kali yang ke-5 pada bulan Oktober tahun ini.

   
 

 

Objektif


   
 

Program Bulan Pendidik UPM dilaksanakan untuk:

  1. Menghargai dan mengenang jasa serta pengorbanan pegawai akademik dalam mendidik anak bangsa dan generasi Malaysia akan datang.
  2. Meningkatkan kecemerlangan kualiti pengajaran dan pembelajaran pegawai akademik.
  3. Memperkasa tahap profesionalisme dan daya saing pegawai akademik UPM ke peringkat antarabangsa.
  4. Memperkasakan kecemerlangan bakat dan kepemimpinan akademik dalam komuniti keilmuan berteraskan konsep ihsan.
  5. Menyemarakkan kerjasama dan komitmen pegawai akademik dalam merealisasikan matlamat universiti untuk melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.
   
 

 

Tema


   
 

“Pendidik Berinovasi Tonggak Pendidikan Madani

   
   
   

   Bulan Pendidik UPM 2023 [ Kembali ]

Updated:: 26/09/2023 [azryadeny]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
SXFRWAu~