Program Bulan Pendidik Universiti Putra Malaysia (UPM) merupakan acara tahunan bersempena sambutan Hari Akademia (5 Oktober) dan Bulan Akademia Kebangsaan pada bulan Oktober. Objektif program Bulan Pendidik UPM adalah untuk menghargai dan mengenang jasa serta pengorbanan pegawai akademik universiti dalam mendidik anak bangsa dan generasi akan datang.
Tema sambutan pada tahun ini ialah "Pendidik Berinovasi Tonggak Pendidikan Madani".