OLCPD2023: 07 Aug - Pementoran Akademik (Mentee) | CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
» OLCPD2023: 07 Aug - Pementoran Akademik (Mentee)

OLCPD2023: 07 Aug - Pementoran Akademik (Mentee)

     
   
 

PEMENTORAN AKADEMIK (MENTEE)

7 August 2023 (Monday) / 10.00 am - 12.00 pm

 
Speaker:
Faculty of Educational Studies, UPM
 
 
Pegawai akademik universiti perlu cemerlang dalam pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional. Walaupun dengan KPI yang fleksibel dan landasan kerjaya alternatif, ketiga-tiga fungsi asas akademik di universiti ini akan dinilai setiap tahun dan juga semasa kenaikan pangkat. Di UPM, pegawai akademik baharu diberikan mentor untuk membimbing kerjaya akademik mereka. Pementoran akademik dalam ketiga-tiga fungsi asas adalah penting untuk peningkatan prestasi ahli akademik muda, terutamanya di universiti penyelidikan seperti UPM. Ia juga akan membantu pencapaian KPI seterusnya membimbing mereka untuk ke arah kecemerlangan dan kesarjanaan. Kursus Pementoran Akademik ini direka bentuk untuk memberikan gambaran keseluruhan dalam bimbingan akademik yang berkesan kepada pegawai muda dan baharu berkhidmat di UPM. Beberapa amalan terbaik mengenai pementoran akademik yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak akan dibincangkan menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar. Pada penghujung kursus, para peserta akan memahami cara pementoran akademik berfungsi seterusnya dapat melaksanakan dan memperoleh manfaat untuk mempercepatkan laluan kerjaya dan kenaikan pangkat sepanjang perjalanan akademik mereka.
 
 
 
Pada akhir sesi, peserta akan dapat:
 
 
   
  1. memahami mengapa pementoran akademik penting untuk laluan kerjaya di UPM sebagai universiti penyelidikan;
  2. bertindak secara berkesan sebagai ahli pasukan dan mendapat manfaat dalam persekitaran pementoran akademik yang positif; dan
  3. menyediakan mereka untuk menjadi mentor kepada ahli akademik lain di UPM.
     
 
     
   
   
 
     
 
    < next  /  previous >                    [ View All ]

Updated:: 28/08/2023 [azryadeny]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
F, (01:36:43pm-01:41:43pm, 16 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]