Micro-credentials | PUSAT PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN KEPEMIMPINAN AKADEMIK
» ARTIKEL » Micro-credentials

Micro-credentials

 

Micro-credentials atau dapat diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai “pentauliahan-mikro” merupakan satu konsep pensijilan secara digital yang mengiktiraf pemerolehan pengetahuan, kemahiran atau kecekapan dalam bidang ilmu tertentu yang spesifik, yang boleh merupakan komponen mikro daripada pengetahuan, kemahiran atau kecekapan yang ditawarkan sama ada daripada program akademik yang telah mendapat akreditasi, atau mandiri (stand-alone), yang kedua-duanya menyokong pengembangan akademik, profesional, teknikal dan pembentukan peribadi individu.

Secara prinsipnya, Micro-credentials UPM merupakan satu sistem pentaulihan yang memberikan pengiktirafan terhadap pemerolehan atau peningkatan pengetahuan, kemahiran atau kompetensi spesifik pada kadar atau volumenya yang kecil atau mikro, yang diikuti oleh pelajar/peserta dalam tempoh tertentu, melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan menerusi platform fizikal atau dalam talian, dengan kaedah penaksiran yang dapat mengukur pencapaian hasil pembelajaran atau kompetensi tertentu secara objektif.

 

PRINSIP UTAMA MICRO-CREDENTIALS UPM

 

Prinsip utama dalam perancangan, pembangunan serta penawaran Micro-credentials UPM ini selaras dengan garis panduan yang disediakan oleh MQA, serta mengambil kira amalan terbaik pada global.

 

a) Berasaskan-hasil/Berasaskan-kompetensi

Micro-credentials UPM adalah “berasaskan-hasil”/ “berasaskan-kompetensi” (outcome-based/ compentency-based) yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan sikap.

b) Keperluan Individu

Micro-credentials UPM direka bentuk bagi memenuhi keperluan individu.

c) Keperluan Semasa dan Permintaan Industri

Micro-credentials UPM menekankan aspek fungsional, dan justeru menawarkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang secara praktisnya mampu untuk memenuhi keperluan semasa disebabkan oleh perubahan zaman, selain berusaha menyumbang kepada sektor ekonomi serta dunia pekerjaan termasuk permintaan majikan dan industri.

d) Kebolehpercayaan dan Boleh-sebar

Micro-credentials UPM memberi perakuan serta pengiktirafan terhadap penguasaan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi tertentu oleh pelajar. Justeru, aspek kebolehpercayaan (reliability) menjadi antara prinsip utama yang harus senantiasa dipelihara dalam usaha menawarkan Micro-credentials UPM.

e) Ketelusan

Lencana digital, Sijil Mikro dan Sijil Makro UPM mesti memberikan maklumat yang mencukupi mengenai hasil/ kompetensi (outcomes/ competencies) yang dimiliki oleh pelajar, termasuk maklumat berkaitan kaedah penyampaian serta penaksiran, jam pembelajaran, isi kandungan modul, kredit dan lain-lain yang relevan.

 
 
Garis Panduan Micro-credentials UPM
Imbas atau klik sini!
 
 

PERANCANGAN, URUS TADBIR, PEMBANGUNAN & PENGANUGERAHAN MICRO-CREDENTIALS UPM

 
 
Muat turun slaid PELAKSANAAN MICRO-CREDENTIALS UPM

 


 
Disediakan oleh:
Bahagian Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (IPP)
Pusat Pembangunan Akademik (CADe), UPM
 

Tarikh Input: 24/02/2022 | Kemaskini: 25/07/2022 | azryadeny

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN KEPEMIMPINAN AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
SXFNDAm~