Penganjuran I-PICTL 2023 | CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
» ARTICLE » Penganjuran I-PICTL 2023

Penganjuran I-PICTL 2023

 

Program 6th International Putra InnoCreative Carnival in Teaching and Learning (I-PICTL) 2023 yang dianjurkan oleh CADe-Lead UPM telah berlangsung dengan jayanya pada 14 hingga 16 November 2023 secara dalam talian. Karnival tahunan ini mengoptimumkan platform GatherTown sebagai ruang maya atau Metaverse sebagai ruang pameran dan sosial. Karnival yang disertai oleh 285 orang peserta [250 peserta, 20 non-presenter, 15 I-PICTL Awards] peserta dari peringkat Kebangsaan mahupun antarabangsa ini dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM pada 14 November 2023.  

Dengan format karnival, i-PicTL mengumpulkan beberapa komponen acara dan aktiviti yang berkaitan dengan pembudayaan inovasi dan kreativiti pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pendidik dan pelajar seterusnya memartabatkan kualiti akademik demi kecemerlangan pengajian tinggi negara. Bertemakan “Pedagogi Inovatif untuk Pendidikan yang Berdaya Tahan: Memupuk Minda Masa Hadapan,” I-PICTL 2023 menampilkan inovasi pengajaran dan pembelajaran yang mendukung aspirasi Sustainable Development Goals (SDG). Penganjuran I-PICTL tahun ini memberi fokus kepada pendidikan yang berdaya tahan, di mana ia menampilkan pedagogi inovatif yang menjadi keperluan kepada pemupukan kemahiran kebolehsuaian, kreativiti, pemikiran kritikal, dan kemahiran penyelesaian masalah dalam era yang penuh cabaran.

 
 

Sebanyak 250 buah projek inovasi dipertandingkan di dalam Pertandingan Poster, menampilkan 17 SDG iaitu No poverty (SDG 1), Zero hunger (SDG 2), Good health and well-being (SDG 3), Quality education (SDG 4), Gender equality (SDG 5), Clean water and sanitation (SDG 6), Affordable and clean energy (SDG 7), Decent work and economic growth (SDG 8), Industry, innovation and infrastructure (SDG 9), Reduced inequalities (SDG 10), Sustainable cities and communities (SDG 11), Responsible consumption and production (SDG 12), Climate action (SDG 13), Life below water (SDG 14), Life on land (SDG 15), Peace, justice, and strong institutions (SDG 16) dan Partnerships for the goals (SDG 17).  Sebanyak 127 buah poster telah memenangi pingat emas di acara tersebut. 

Selain itu, I-PICTL turut diserikan dengan ucaptama yang disampaikan oleh Professor Dr. Maria Mercedes Rodrigo dari Ateneo de Manila University, bertajuk Innovative Pedagogies for Resilient Education: Nurturing Tomorrow’s Mind. Sesi Putra InnoCreative WebTalk disampaikan oleh Prof. Dr. Abd. Karim Alias dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Dr. Linda Amrane-Cooper dari University of London, United Kingdom.

Menariknya, I-PICTL 2023 menampilkan lapan (8) orang penyelidik UPM yang menyampaikan perkongsian penyelidikan Geran Insentif Pengajaran dan Pembelajaran (GIPP) mereka melalui acara “Transformative Teaching and Learning: GIPP Recipients' Research and Innovations.”  Karnival ini turut dilengkapi dengan Anugerah Putra InnoCreative yang memberi pengiktirafan kepada inisiatif inovasi pengajaran dan pembelajaran yang menyerlah serta berimpak tinggi. Anugerah ini mempertandingkan lima (5) kategori, iaitu Anugerah Best InnoCreative Educator in Transformative Teaching Award, Best InnoCreative Educator in Immersive Learning Experience Award – Virtual Immersive Learning Experience, Best InnoCreative Educator in Immersive Learning Experience Award – Blended Immersive Learning Experience, Best InnoCreative Educator in Immersive Learning Experience Award - Face to Face Immersive Learning Experience dan Best InnoCreative Educator in Alternative Assessment Award. Anugerah Best Innocreative Educator In Immersive Learning Experience Award - Face to Face Immersive Learning Experience telah dimenangi oleh Dr. Farah Adibah Che Ishak dari Fakulti Sains Teknologi Makanan, Anugerah Best Innocreative Educator In Transformative Teaching dimenangi oleh Encik Johan Ismail dari Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan dan Anugerah Best Innocreative In Alternative Assessment dimenangi Ts. Dr. Muhamad Sufri Muhammad dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat.

 

 
Disediakan oleh:
     
 
Ts. Dr. Mas Nida Md Khambari
Timbalan Pengarah,
Seksyen Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (IPP)
Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead)
 

Email: khamasnida@upm.edu.my

     
 
Pn. Siti Fatimah Ahmad
Seksyen Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (IPP)
Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead)
 

Email: fatimah_a@upm.edu.my

 

Date of Input: 21/12/2023 | Updated: 27/12/2023 | azryadeny

MEDIA SHARING

CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
SXFFTAb~