|
Perkembangan pesat teknologi dalam bidang pendidikan tinggi telah mendorong penerapan kecerdasan buatan (AI) secara meluas dalam dunia akademik. Seperti institusi pendidikan tinggi yang lain, UPM juga tidak ketinggalan dalam meneroka potensi AI untuk memperkasa pengajaran dan pembelajaran. Komitmen UPM dalam meneroka potensi AI dapat dilihat melalui inisiatif seperti program KopiAIs yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead). Sesi perkongsian santai ini telah memberi peluang kepada para akademik untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang penggunaan alat AI dalam dunia akademik. |
||||
|
Beberapa topik menarik yang telah dibincangkan dalam sesi KopiAIs termasuk: |
||||
|
||||
|
Walaupun potensi AI dalam pendidikan tinggi amat mengujakan, pelbagai cabaran perlu ditangani untuk memastikan pengintegrasiannya dapat dilaksanakan dengan berkesan. Stefania Giannini, Penolong Pengarah Agung UNESCO untuk Pendidikan, menekankan implikasi AI terhadap pengajaran dan pembelajaran. Beliau juga menggariskan persoalan penting mengenai peranan pendidik serta keupayaan mereka untuk menggunakan teknologi ini secara bijaksana. Sebagai langkah proaktif, UNESCO telah membangunkan AI Competency Framework for Teachers (https://www.unesco.org/en/articles/ai-competency-framework-teachers) sebagai panduan untuk menangani cabaran tersebut. |
||||
|
||||
|
Menerusi kerangka tersebut, strategi pelaksanaan yang dicadangkan termasuk: |
||||
|
||||
|
AI merupakan teknologi yang memperlihatkan potensi besar dalam pendidikan seperti contoh berikut: |
||||
|
||||
|
Walau bagaimanapun, antara isu etika yang perlu ditangani ialah: |
||||
|
||||
|
Adalah diharapkan agar lebih ramai warga akademik di UPM mengambil inisiatif untuk meneroka dan mengintegrasikan teknologi AI dalam pengajaran serta penyelidikan mereka. Program seperti KopiAIs menyediakan platform untuk berkongsi pengalaman dan meningkatkan kefahaman tentang penggunaan AI. Dengan penerapan AI, UPM mampu membina persekitaran pembelajaran yang lebih dinamik, inklusif, dan berkesan untuk manfaat semua pelajar. AI mampu menjadi pemangkin perubahan positif dalam landskap pendidikan. |
||||
|
Disediakan oleh:
|
![]() |
Dr. Rafidah Hod
Pensyarah Perubatan Kanan
Unit Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan Perubatan
Jabatan Anatomi Manusia
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Emel: rafidahhod@upm.edu.my
|
|
Date of Input: 16/12/2024 | Updated: 20/12/2024 | azryadeny

4th Floor
Canselori Putra Building
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia