|
|||||
|
Namun, perkembangan teknologi AI ini tidak terlepas daripada cabaran dan halangan. Salah satu kebimbangan yang menjadi perbincangan adalah mengenai kualiti maklumat dan kandungan pembelajaran yang diterima pelajar. Walaupun perubahan dalam pendidikan melalui pengintegrasian AI berlaku dengan pesat, proses pengajaran dan pembelajaran perlu dipastikan kualiti dan hasil pembelajaran program akademiknya dapat dicapai dan diukur dengan betul. Persoalannya adalah tentang bagaimana untuk dipastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran pada tahap yang optimum meskipun pengintegrasian AI dilaksanakan dengan aktif di dalam bilik kuliah. Kebergantungan yang berlebihan kepada teknologi AI juga dilihat menjadi faktor kepada kemalasan pelajar untuk berfikir sekaligus melemahkan daya keupayaan kognitif mereka untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Justeru, pengintegrasian AI ini perlu dipadankan dengan mod penyampaian pembelajaran pelajar misalnya melalui pembelajaran teradun (blended learning) yang lebih bersifat fleksibel. Permasalahan ini memerlukan penelitian para akademik, pentadbir universiti dan pakar industri agar pengintegrasian ini tidak membawa kepada masalah yang lebih meruncing khususnya kepada persediaan pelajar menempuhi alam pekerjaan. |
|||||
|
|||||
|
|||||
|
Kesimpulannya, pengintegrasian AI dalam pendidikan tinggi berpotensi untuk meningkatkan hasil pembelajaran yang boleh dipersonalisasikan sesuai dengan aras kompetensi semasa pelajar, memperkemas proses pentadbiran dan menguruskan proses pembelajaran pelajar dengan lebih efisien. Menangani risiko seperti penggodaman data, bias algoritma dan ketepatan maklumat adalah penting untuk memperkukuh pengetahuan pensyarah dan pelajar tentang penggunaan aplikasi dan sistem AI yang baik. Dengan mengamalkan penggunaan AI yang beretika dan perlindungan data melalui sistem penstoran yang selamat, maka persekitaran pembelajaran berbantukan teknologi yang inklusif dan bermakna dapat diwujudkan. Seiring dengan kemajuan teknologi dan digitalisasi dalam pendidikan, adalah penting untuk melaksanakan penyelidikan secara berterusan bagi meneroka potensi teknologi AI dalam ekosistem pendidikan. Justeru, pendidikan tinggi akan kekal relevan seiring dengan peredaran sistem pendidikan hari ini yang pantas dan berubah-ubah. |
|||||
|
Disediakan oleh:
|
![]() |
Masnida Haji Hussin adalah Profesor Madya di Jabatan Teknologi Komunikasi dan Rangkaian, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM. Beliau juga berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah di Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead), UPM. Di CADe-Lead, beliau terlibat aktif dalam jawatankuasa dan memimpin aktiviti teknologi serta inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran, termasuk dalam skop e-pembelajaran, micro-credentials, pedagogi inovatif, dan teknologi kepintaran buatan (AI) dalam pendidikan. Minat penyelidikan utama beliau adalah dalam bidang teknologi komunikasi rangkaian, khususnya pengkomputeran selari dan teragih. Kini, penyelidikan beliau memfokuskan kepada pengurusan sumber rangkaian komputer melalui infrastruktur pintar. Emel: masnida@upm.edu.my |
|
Date of Input: 04/11/2024 | Updated: 20/12/2024 | azryadeny

4th Floor
Canselori Putra Building
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia