EKSA@CADe-Lead | CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
» ABOUT US » EKSA@CADe-Lead

EKSA@CADe-Lead

     
 

Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang telah diperkenalkan mulai Januari 2014 adalah penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam merupakan salah satu inisiatif ke arah peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kerajaan. Langkah penjenamaan semula ini sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa yang sentiasa menekankan peningkatan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam.

Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA adalah berteraskan Amalan 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal) dan ditambah baik dengan penambahan beberapa elemen-elemen baharu iaitu:

 
  • Imej Korporat;
  • Kreativiti dan Inovasi;
  • Amalan Hijau;
  • Persekitaran Kondusif; dan
  • Kepelbagaian Agensi.
     

Updated:: 15/05/2023 [azryadeny]

MEDIA SHARING

SXFEAAC~