Kursus Asas Pengajaran (KAP) | PUSAT PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN KEPEMIMPINAN AKADEMIK
» PERKHIDMATAN KAMI » PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL BERTERUSAN (CPD) » Kursus Asas Pengajaran (KAP)

Kursus Asas Pengajaran (KAP)

 

Kursus Asas Pengajaran (KAP) merupakan latihan intensif selama enam (6) hari yang memperkenalkan pensyarah baru UPM kepada aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran serta penyeliaan pelajar secara berkesan bagi mempersiapkan mereka dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab harian. Melalui kursus ini, peserta didedahkan dengan hasil berasaskan pembangunan dan reka bentuk kurikulum, prinsip dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran, teknik penyampaian dan penilaian yang berkesan, dan juga portfolio pengajaran. Para peserta turut diperkenalkan kepada teori dan aspek praktikal penyelidikan dalam pengajaran dan pembelajaran mulai daripada penjanaan data sehingga ke penerbitan.

 

Hasil Pembelajaran

 

Di akhir kursus ini, para peserta akan dapat:

  1. Merancang dan menghasilkan bahan pengajaran yang inovatif dan berkesan.
  2. Membangunkan portfolio amalan pengajaran.
  3. Menjalankan penyelidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

 

 

Kandungan/ Pengisian Kursus

     
 
 Komponen  Topik

1. Falsafah Pendidikan

   

2. Matlamat Pengajian Tinggi

   

3. Integriti dan Profesionalisme

   

Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) 

4.
Reka Bentuk Kurikulum dan Pengurusan Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE)

5.
Rancangan Pengajaran dan Penjajaran Konstruktif (Prasiswazah dan Siswazah)

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

6. Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (SCL)

E-Pembelajaran

7. E-Pembelajaran di UPM

Penaksiran Hasil Pembelajaran  

8. Penaksiran Hasil Pembelajaran

9. Penaksiran Alternatif dan Rubrik

Penyelidikan Pendidikan/

Kesarjanaan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

10. Kesarjanaan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (SoTL)

11. Portfolio Pengajaran dan Pembelajaran

Penambahbaikan Berterusan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

 

12. Peningkatan Kualiti Berterusan Akademik (CQI)

Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

13. Prasiswazah - Penasihatan Akademik

14. Siswazah - Penyeliaan Penyelidikan Siswazah

15. Penyeliaan: Menyediakan Pelajar untuk Peperiksaan
 
 

 

Aktiviti KAP [Terkini]

 
  • Kursus Asas Pengajaran (KAP) Siri 1/2024 - Kursus
  • Kursus Asas Pengajaran (KAP) Siri 1/2023 - Penilaian
 
 


 
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:


Seksyen Pembangunan dan Kepemimpinan Pegawai Akademik, CADe-Lead
03-9769 6135 (En. Azry/ Cik Azura) / 03-9769 2080 (Pn. Yasminani)
cadelatihan@upm.edu.my

 

Kemaskini:: 05/03/2024 [azryadeny]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN KEPEMIMPINAN AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
SXETBAf~