Putra Learning Space (PLS) | PUSAT PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN KEPEMIMPINAN AKADEMIK
» PERKHIDMATAN KAMI » KEMUDAHAN » Putra Learning Space (PLS)

Putra Learning Space (PLS)

Ruang Pembelajaran Putra atau Putra Learning Space (PLS) merupakan inisiatif daripada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan Pusat Pembangunan Akademik (CADe), Universiti Putra Malaysia untuk mewujudkan satu ruang atau bilik latihan untuk pegawai akademik di bawah Program Pembangunan Profesional Berterusan (Continuing Professional Development, CPD). Mengambil pendekatan ruang pembelajaran seperti yang ditekankan dalam Projek Agenda Kritikal (CAP), bilik latihan telah diubahsuai menjadi lebih kondusif, interaktif dan berorientasikan pembelajaran berpusatkan pelajar (Student-Centered Learning, SCL).

Putra Learning Space mempunyai dua ruang utama; iaitu ruang pembelajaran dan juga ruang perbincangan/ istirahat. Ruang pembelajaran yang digunakan untuk aktiviti latihan ini boleh menampung seramai 25 orang peserta. Putra Learning Space dilengkapi dengan beberapa ciri kelengkapan serta peralatan termasuk:

  • Smart board + tracking camera
  • projektor berserta skrin (4 unit)
  • sistem audio
  • mikrofon tanpa wayar
  • kemudahan internet/ Wi-Fi
  • komputer riba (untuk perbincangan)
  • Smart TV (Ruang Perbincangan/ Istirahat)

 


 

Lokasi

Putra Learning Space (PLS), CADe, Aras 2, Bangunan Pejabat TNCPI, UPM
 
 

Tempahan

Borang Tempahan - Putra Learning Space (PLS), CADe
 


 
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:


Seksyen Pentadbiran, CADe-Lead
03-9769 6112 (En. Mohamad Mazzuan)
mazzuan@upm.edu.my

 

Kemaskini:: 11/04/2023 [azryadeny]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN KEPEMIMPINAN AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
SXETBAc~