Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia: Rekabentuk Kurikulum Dan Penyampaian Inovatif (AKRI) | CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
» OUR SERVICES » AWARDS » Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia: Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI)

Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia: Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI)

 

Pengenalan

 

Peredaran zaman termasuk Revolusi Industri ke-4 menuntut pemikiran dan reka bentuk semula pengajian tinggi terutamanya dalam cara kita mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Hakikatnya kita sedang berdepan dengan Generasi Z yang mempunyai keutamaan dan cara belajar yang berbeza. Justeru, semua institusi pengajian tinggi wajar melihat semula penawaran program masing-masing agar lebih relevan dengan cabaran-cabaran baru yang muncul dalam menyediakan graduan yang mampu berfungsi dalam dunia akan datang. Lebih penting, terdapat keperluan mendesak untuk memikir dan mereka bentuk semula pengajaran dan pembelajaran yang akan dapat menarik minat Gen-Z melalui pembelajaran kendiri yang aktif, imersif dan bermakna.

Bagi menyemarakkan dan berkongsi amalan terbaik pemikiran dan rekabentuk semula pendidikan Tinggi Malaysia, KPM mewujudkan Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia: Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif. Anugerah ini bertujuan untuk mengenal pasti, memberi pengiktirafan serta berkongsi amalan terbaik projek-projek serta inisiatif yang telah dilaksanakan samada di peringkat institusi atau individu dalam EMPAT kategori berikut:

  • Kurikulum Program Pengajian Inovatif
  • Pengajaran Transformatif
  • Pengalaman Pembelajaran Imersif
  • Pentaksiran Alternatif

 


 

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

https://jpt.mohe.gov.my/akri/

 


Updated:: 18/07/2022 [azryadeny]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
SXFCLAd~