PUTRA-PINTAR 2025 / Maklumat Pertandingan | CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE cadelead
» PUTRA-PINTAR 2025 / Maklumat Pertandingan

PUTRA-PINTAR 2025 / Maklumat Pertandingan

   
 

Pertandingan Amalan Terbaik Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran antara PTJ UPM (PUTRA-PINTAR) 2025

 
     
 

22 Oktober 2025 (Rabu) l 09.00 pg - 05.00 ptg

Putra Learning Space (PLS), CADe-Lead, Aras 2 & Mini Auditorium 1, Aras 3, Bangunan Pejabat TNCPI, UPM

 
     

 
     
     
 

Objektif

 
     
 

Pertandingan Amalan Terbaik Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran antara PTJ UPM (Fakulti/ Sekolah/ Institut/ Pusat Pembelajaran) dilaksanakan untuk mencapai objektif berikut:

 
 
  1. Mengiktiraf kecemerlangan pengajaran pada peringkat individu/ institusi sepertimana yang disarankan oleh KPT dalam PPPM (PT).
  2. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai akademik UPM berkaitan teknik atau pendekatan inovasi P&P.
  3. Menyebarluas dan berkongsi amalan terbaik inovasi P&P yang dilaksanakan oleh setiap fakulti untuk dimanfaatkan pegawai akademik UPM yang lain.
  4. Menggalakkan pembudayaan penggunaan teknologi dan inovasi dalam P&P oleh setiap warga fakulti bagi memenuhi keperluan serta meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar.
  5. Mengenal pasti/ menyaring pegawai akademik UPM yang berpotensi untuk pencalonan Anugerah Fellowship Naib Canselor (AFNC)/ Anugerah Akademik Negara (AAN) bagi kategori pengajaran mengikut nic fakulti.
 
     
     
     
 

Format Pertandingan

 
     
 

Terma pertandingan adalah seperti berikut:

 
 
  • Pertandingan kini dibuka bagi dua (2) kategori berikut: i. Kategori Individu & ii. Kategori Berkumpulan. Setiap PTJ boleh menghantar lebih dari satu penyertaan bagi semua kategori yang dipertandingkan.
 
 
  • Inovasi yang pernah dipertandingkan tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini. 
 
 
  • Penyertaan hendaklah melalui Dekan/ Pengarah PTJ.
 
 
  • Bahan inovasi PdP dalam bentuk digital (tidak melebihi 100 MB) seperti video, dokumen, infografik, gambar dan lain-lain perlu disertakan bersama dalam borang pendaftaran. Bahan yang dimajukan hendaklah memfokuskan kepada amalan inovasi PdP berkaitan strategi dan kaedah penyampaian, bahan bantu mengajar dan penaksiran yang menonjolkan nic fakulti/ sekolah/ institut/ pusat pembelajaran.
 
 
  • Pertandingan akan diadili oleh dua (2) orang juri jemputan luar daripada universiti awam/ swasta. Penjurian akan dilaksanakan melalui penilaian terhadap bahan inovasi PdP, sesi pitching selama 15 minit dan soal jawab (5 minit). Setiap inovasi PdP akan dinilai berdasarkan kriteria berikut:
 
     
 
Bil.   Kriteria Penilaian Peratus (%)  
  • Keaslian
  1. Keaslian dan Keunikan
  2. Kreativiti dan inovasi dalam PdP
  3. Sumbangan kepada amalan terkini (menyelesaikan masalah/ menambahbaik proses sedia ada)
20
  • Kebolehgunaan
  1. Praktikal dan mudah dilaksanakan
  2. Keberkesanan penggunaan
25 
  • Impak
  1. Keberkesanan kepada pelajar/ program/ fakulti/ sekolah/ institut/ pusat pembelajaran/ UPM
  2. Potensi untuk dikembangkan dan dikomersialkan

 

30

15

  • Persembahan
  1. Menarik
  2. Mudah difahami
10 
  Jumlah 100 
 
     
 
  • Keputusan juri adalah muktamad.
 
     
     
     
 

Hadiah

 
     
 

Pemenang akan menerima sijil dan hadiah wang tunai bernilai seperti berikut:

 
 

Pemenang  Kategori Berkumpulan Kategori Individu

Pertama RM 2,000 RM 750
Kedua  RM 1,000 RM 500
Ketiga RM 750 RM 250

 
     
     
     
 

Tarikh Tutup Penyertaan

 
     
 

Setiap fakulti/ sekolah/ institut/ pusat Pembelajaran perlu mengisi borang penyertaan pertandingan secara dalam talian yang boleh dicapai melalui pautan di bawah selewat-lewatnya pada 15 Oktober 2025 (Rabu).

 
 

https://bit.ly/PertandinganInovasiPdP_2025

 
     
     
     

 
 Maklumat Berkaitan

 

 

 
   

    [ Kembali ]

Updated:: 17/10/2025 [azryadeny]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
W, (01:48:25pm-01:53:25pm, 09 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]