PIPdP2022 / Maklumat Pertandingan | CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
» PIPdP2022 / Maklumat Pertandingan

PIPdP2022 / Maklumat Pertandingan

   
   
 
   

 
 

18 Oktober 2022 (Selasa) l Secara Bersemuka (L'Apprenti UPM)

 

 
     
 

Objektif

 
 

 

Pertandingan Amalan Terbaik Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran antara Fakulti/ Sekolah/ Pusat Pengajian UPM dilaksanakan untuk mencapai objektif berikut:

 
 
  1. Mengiktiraf kecemerlangan pengajaran pada peringkat individu/ institusi sepertimana yang disarankan oleh KPT dalam PPPM (PT).
  2. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai akademik UPM berkaitan teknik atau pendekatan inovasi P&P.
  3. Menyebarluas dan berkongsi amalan terbaik inovasi P&P yang dilaksanakan oleh setiap fakulti untuk dimanfaatkan pegawai akademik UPM yang lain.
  4. Menggalakkan pembudayaan penggunaan teknologi dan inovasi dalam P&P oleh setiap warga fakulti bagi memenuhi keperluan serta meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar.
  5. Mengenal pasti/ menyaring pegawai akademik UPM yang berpotensi untuk pencalonan Anugerah Fellowship Naib Canselor (AFNC)/ Anugerah Akademik Negara (AAN) bagi kategori pengajaran mengikut nic fakulti.

 

 
 

Format Pertandingan

 
 

 

Format pertandingan adalah seperti berikut:

 
    
  • Penyertaan fakulti/ sekolah/ pusat pengajian adalah secara individu atau berkumpulan, iaitu hanya satu penyertaan mewakili keseluruhan fakulti/ sekolah/ pusat pengajian.
 
 
  • Setiap penyertaan perlu mengisi borang penyertaan secara dalam talian yang boleh dicapai melalui pautan yang diberikan sebelum tarikh tutup (seperti yang dinyatakan).
 
 
  • Setiap fakulti/ sekolah/ pusat pengajian perlu menyedia dan menghantar bahan inovasi PdP dalam bentuk digital (tidak melebihi 100 MB) seperti video, dokumen, infografik, gambar dan lain-lain yang memfokuskan kepada amalan inovasi PdP berkaitan strategi dan kaedah penyampaian, bahan bantu mengajar dan penaksiran yang menonjolkan nic fakulti/ sekolah/ pusat pengajian.
 
 
  • Pertandingan akan diadili oleh dua (2) orang juri jemputan luar daripada universiti awam/ swasta. Penjurian akan dilaksanakan melalui penilaian terhadap kandungan bahan inovasi PdP, sesi pitching selama 15 minit dan soal jawab (5 minit). Setiap inovasi PdP akan dinilai berdasarkan kriteria berikut:
 
     
 
Bil.   Kriteria Penilaian Peratus (%)  
  • Amalan Inovasi
  1. Kreativiti dan inovasi dalam PdP
  2. Sumbangan kepada amalan terkini (menyelesaikan masalah/ menambahbaik proses sedia ada)
30
  • Kebolehgunaan
  1. Praktikal dan mudah dilaksanakan
  2. Keberkesanan penggunaan
  3. Berpotensi untuk dikembangkan
30 
  • Impak
  1. Keberkesanan kepada pelajar/ program/ fakulti/ sekolah/ pusat pengajian/ UPM
25 
  • Persembahan
  1. Menarik
  2. Mudah difahami
15 
  Jumlah 100 
 
     
 
  • Keputusan juri adalah muktamad.
 
     
 

 

Hadiah

 
 

 

Fakulti/ Sekolah/ Pusat Pengajian yang memenangi pertandingan ini akan menerima hadiah seperti berikut:

 
 
  • Tempat pertama - Wang tunai RM5,000.00, sijil dan piala pusingan

 
 
  • Tempat kedua - Wang tunai RM3,000.00 dan sijil

 
 
  • Tempat ketiga - Wang tunai RM2,000.00 dan sijil

 
     

 
 Maklumat Berkaitan

 

 

 
 
   

    [ Back ]

Updated:: 25/05/2023 [azryadeny]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
WXFVOA5~