CPD Trainer: Prof. Dr. Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad (FBMK) | CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
» CPD Trainer: Prof. Dr. Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad (FBMK)

CPD Trainer: Prof. Dr. Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad (FBMK)

   
 
   
 

PROF. DR. ABDUL MUA'TI @ ZAMRI AHMAD

 
 
 
Faculty of Modern Language and Communication
Universiti Putra Malaysia
T: 03-9769 1404  /  E: abmuati@upm.edu.my
   
 

PROF. DR. ABDUL MUA’TI @ ZAMRI BIN AHMAD ialah seorang profesor di Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Beliau mula berkhidmat di UPM sebagai tutor pada 1985. Bidang kepakaran beliau ialah Komunikasi Pertuturan (Speech Communication / Rhetoric and Public Address). Antara kursus akademik yang beliau kendalikan di UPM ialah Pengucapan Awam, Debat dan Penghujahan, Psikologi Komunikasi, Kempen Persuasif, Komunikasi Politik dan Komunikasi Warisan. Di samping tugas pengajaran dan penyeliaan, beliau juga aktif menjalankan penyelidikan berkaitan komunikasi pertuturan, retorik, komunikasi politik, dan terkini beliau memfokus kajian kepada peranan komunikasi dalam menyebarluaskan maklumat warisan di negara ini. Hasil penyelidikan beliau diterbitkan dalam bentuk makalah jurnal dan buku. Antara buku beliau yang menjadi ‘best seller’ ialah ‘Panduan Pengucapan Awam’ (2000) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang kini telah diulang cetak 13 kali dan ‘Keris Melayu Semenanjung, Suatu Pengenalan’ terbitan Penerbit UPM. Beliau kini dalam usaha mengasaskan Komunikasi Warisan sebagai satu sub-disiplin baharu dalam bidang komunikasi. Dari segi pengembangan ilmu, beliau telah mengendalikan hampir 1000 siri latihan dalam perkhidmatan dalam bidang komunikasi kepada hampir 40,000 peserta yang terdiri daripada pegawai kerajaan, badan berkanun, eksekutif firma swasta, dan anggota pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam, Filipina dan Republik Rakyat China.

 

  [ Back ]

Updated:: 26/04/2021 [azryadeny]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
S, (05:26:59pm-05:31:59pm, 16 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]