BPUPM2022 / Maklumat Program | CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
» BPUPM2022 / Maklumat Program

BPUPM2022 / Maklumat Program

 

 

Latar Belakang


   
 

Penganjuran program khusus bagi meraikan pegawai akademik merupakan acara tahunan universiti sejak tahun 2008. Program tersebut dikenali sebagai  Bulan Putra SATRIA (2008 - 2015), Minggu Putra SATRIA (2016 - 2017) dan Hari Pendidik (2018). Sehubungan dengan warta kerajaan Malaysia yang menetapkan tarikh 5 Oktober sebagai Hari Akademia Kebangsaan dan Bulan Oktober merupakan Bulan Akademia, UPM telah menganjurkan program Bulan Pendidik sejak tahun 2019. Penganjuran Bulan Pendidik UPM merupakan kali yang ke-4 pada bulan Oktober tahun ini.

Bagi penganjuran tahun 2022, program Bulan Pendidik UPM akan dilaksanakan secara hibrid iaitu kombinasi antara bersemuka dan dalam talian. Ini membolehkan peserta dari luar UPM turut mengikuti program yang dijalankan selain dapat melonjakkan keterlihatan (visibility) UPM melalui media “live streaming”.

   
 

 

Objektif


   
 

Program Bulan Pendidik UPM dilaksanakan untuk:

  1. Menghargai dan mengenang jasa serta pengorbanan pegawai akademik dalam mendidik anak bangsa dan generasi Malaysia akan datang.
  2. Meningkatkan kecemerlangan kualiti pengajaran dan pembelajaran pegawai akademik.
  3. Memperkasa tahap profesionalisme dan daya saing pegawai akademik UPM ke peringkat antarabangsa.
  4. Memperkasakan kecemerlangan bakat dan kepemimpinan akademik dalam komuniti keilmuan berteraskan konsep ihsan.
  5. Menyemarakkan kerjasama dan komitmen pegawai akademik dalam merealisasikan matlamat universiti untuk melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.
   
 

 

Tema


   
 

Pendidik UPM merupakan pemangkin dalam merealisasikan aspirasi pendidikan tinggi negara untuk melahirkan graduan holistik yang berilmu, berakhlak, di samping memiliki tingkah laku dan kecelikan budaya yang menyumbang bukan sahaja kepada kemajuan bahkan keharmonian masyarakat dan negara. Bagi mencapai hasrat tersebut, keupayaan pemikiran yang tangkas (agile mindset)  dapat membantu pendidik untuk menghadapi cabaran dan krisis dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Seiring dengan perkembangan pendidikan dan dunia semasa yang sedang melalui fasa pemulihan pasca pandemik COVID-19, tema Bulan Pendidik 2022 ialah; 

 

“Pendidikan Tinggi untuk Minda Progresif

Masyarakat dan Dunia”

   
 

Higher Education for Progressive Minds of Society and the World

   

   Bulan Pendidik UPM 2022 [ Kembali ]

Updated:: 25/05/2023 [azryadeny]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
SXFVMAf~