BPUPM2021 / Maklumat Program | CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
» BPUPM2021 / Maklumat Program

BPUPM2021 / Maklumat Program

 

 

Latar Belakang


   
 

Penganjuran program khusus bagi meraikan pegawai akademik merupakan acara tahunan universiti sejak tahun 2008. Program ini dikenali sebagai  Bulan Putra SATRIA (2008 - 2015), Minggu Putra SATRIA (2016 - 2017) dan Hari Pendidik (2018). Sehubungan dengan warta kerajaan Malaysia yang menetapkan tarikh 5 Oktober sebagai Hari Pendidik Kebangsaan dan Bulan Oktober merupakan Bulan Pendidik, UPM telah menganjurkan program Bulan Pendidik sejak tahun 2019, dengan tema “Teaching from the Heart: Fun Learning”.

Sambutan Bulan Pendidik pada tahun 2020 amat menggalakkan dengan pengisian 14 aktiviti yang melibatkan seramai 38 orang penceramah/panel/moderator di mana jumlah penyertaan keseluruhan ialah 1,533.

   
 

 

Objektif


   
 

Program Bulan Pendidik UPM dilaksanakan untuk:

  1. Menghargai dan mengenang jasa serta pengorbanan pegawai akademik dalam mendidik anak bangsa dan generasi Malaysia akan datang.
  2. Meningkatkan kecemerlangan kualiti pengajaran dan pembelajaran pegawai akademik.
  3. Memperkasa tahap profesionalisme dan daya saing pegawai akademik UPM ke peringkat antarabangsa.
  4. Memperkasakan kecemerlangan bakat dan kepemimpinan akademik dalam komuniti keilmuan berteraskan konsep ihsan.
  5. Menyemarakkan kerjasama dan komitmen pegawai akademik dalam merealisasikan matlamat universiti untuk melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.
   
 

 

Tema


   
 

Pendidik UPM merupakan pemangkin dalam merealisasikan aspirasi pendidikan tinggi negara untuk melahirkan graduan holistik yang berilmu, berakhlak, di samping memiliki tingkah laku dan kecelikan budaya yang menyumbang bukan sahaja kepada kemajuan bahkan keharmonian masyarakat dan negara. Bagi mencapai hasrat tersebut, keupayaan pemikiran yang tangkas (agile mindset)  dapat membantu pendidik untuk menghadapi cabaran dan krisis dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Seiring dengan perkembangan pendidikan semasa yang sedang melalui situasi pandemik Covid-19, tema Bulan Pendidik 2021 ialah;

 

COVID 19: From Disruption to Innovation

 

 

Program Bulan Pendidik pada tahun ini merupakan paradigmatik kepada pengalaman dan pencapaian para pendidik UPM dalam mendepani cabaran PdP semasa pandemik.

 


   Bulan Pendidik UPM 2021 [ Kembali ]

Updated:: 25/05/2023 [azryadeny]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
W, (07:41:29pm-07:46:29pm, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]