Latar Belakang |
|
|
Penganjuran program khusus bagi meraikan pegawai akademik merupakan acara tahunan universiti sejak tahun 2008. Program ini dikenali sebagai Bulan Putra SATRIA (2008 - 2015), Minggu Putra SATRIA (2016 - 2017), Hari Pendidik (2018) dan Bulan Pendidik (2019). Pada tahun 2019, kerajaan Malaysia telah mewartakan tarikh 5 Oktober sebagai Hari Pendidik Kebangsaan dan Bulan Oktober merupakan Bulan Pendidik. Pelbagai aktiviti dianjurkan di peringkat kebangsaan (anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi) dan peringkat institusi pendidikan sepanjang Bulan Oktober. Sehubungan itu, aktiviti tahunan berkaitan PdP iaitu program Bulan Pendidik dan Karnival Putra InnoCreative dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PICTL), UPM akan diadakan pada bulan Oktober 2020. |
|
Objektif |
|
|
Program Bulan Pendidik UPM dilaksanakan untuk:
|
|
Tema |
|
|
Pendidik UPM merupakan pemangkin dalam merealisasikan aspirasi pendidikan tinggi negara untuk melahirkan graduan holistik yang berilmu, berakhlak, di samping memiliki tingkah laku dan kecelikan budaya yang menyumbang bukan sahaja kepada kemajuan bahkan keharmonian masyarakat dan negara. Tema bagi sambutan Bulan Pendidik UPM 2020 merupakan kesinambungan kepada sambutan pada tahun 2019 dengan meneruskan tema yang sama, iaitu;
|
|
“Teaching from the Heart: Fun Learning” |
|
|
Tema ini adalah relevan serta berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menggariskan bahawa Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
|
|
| Bulan Pendidik UPM 2020 [ Kembali ] | |
Updated:: 25/05/2023 [azryadeny]

4th Floor
Canselori Putra Building
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia