![]() |
|||||||||
|
|
|||||||||
Tarikh dan Lokasi Program |
|||||||||
|
|
|||||||||
|
Tarikh dan lokasi program adalah seperti berikut: |
|||||||||
|
|||||||||
|
|
|||||||||
|
|
|||||||||
Latar Belakang |
|||||||||
|
Program Hari Pendidik pertama kali diadakan pada tahun 2018, merupakan aktiviti sambutan Minggu pensyarah yang dijenamakan semula daripada nama asalnya iaitu Bulan Putra SATRIA, (2008 - 2015) dan Minggu Putra SATRIA (2016 - 2017). Pengisian program ialah sesi perkongsian amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kalangan pensyarah cemerlang dan pemenang Anugerah Fellowship Naib Canselor - Kategori Pengajaran (AFNC-KP) serta galeri pameran inovasi pengajaran dan pembelajaran (P&P) pada 5 dan 6 Disember 2018. Pada 7 Mac 2019, YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia telah mengumumkan 5 Oktober sebagai Hari Akademia Malaysia bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan pensyarah negara ini. Sehubungan dengan pengumuman tersebut, Program Bulan Pendidik UPM diadakan pada 14 hingga 31 Oktober 2019. |
|||||||||
|
|
|||||||||
|
|
|||||||||
Objektif |
|||||||||
|
Program Bulan Pendidik UPM dilaksanakan untuk: |
|||||||||
|
|||||||||
|
|
|||||||||
|
|
|||||||||
Tema |
|||||||||
|
Pendidik UPM merupakan pemangkin dalam merealisasikan aspirasi pendidikan tinggi negara untuk melahirkan graduan holistik yang berilmu, berakhlak, di samping memiliki tingkah laku dan kecelikan budaya yang menyumbang bukan sahaja kepada kemajuan bahkan keharmonian masyarakat dan negara. Sehubungan itu, tema bagi sambutan Bulan Pendidik UPM 2019 ialah; |
|||||||||
“Teaching from the Heart: Fun Learning” |
|||||||||
|
Tema ini berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menggariskan bahawa Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. |
|||||||||
|
|
|||||||||
Updated:: 26/05/2023 [azryadeny]

4th Floor
Canselori Putra Building
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia