AFNC-KP2023 / Pengumuman (05122023) | CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
» AFNC-KP2023 / Pengumuman (05122023)

AFNC-KP2023 / Pengumuman (05122023)


5 Disember 2023

 

PELAWAAN PENCALONAN ANUGERAH FELLOWSHIP NAIB CANSELOR (KATEGORI PENGAJARAN) 2023 (AFNC-KP 2023) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

 

Adalah dimaklumkan bahawa pencalonan Anugerah Fellowship Naib Canselor (Kategori Pengajaran) 2023 (AFNC-KP 2023) UPM dibuka mulai 5 hingga 22 Disember 2023. AFNC-KP adalah pengiktirafan kepada pegawai akademik yang mempamerkan kecemerlangan dan daya inovasi tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran. AFNC-KP juga merupakan wahana bagi mengenal pasti calon mewakili UPM untuk ke Anugerah Akademik Negara (AAN) Kategori Pengajaran.

Kategori AFNC-KP 2023:

Kategori Keterangan   
Pengajar Cemerlang 
 
Tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya 10 tahun (≥ 10 tahun).
 
Pengajar Muda
 
Tempoh perkhidmatan kurang 10 tahun (< 10 tahun).
 
 

Tatacara permohonan AFNC-KP 2023:

No. Perkara
 i.
 
Permohonan pencalonan menggunakan Borang Pencalonan AFNC-KP 2023 yang disertakan.
Garis Panduan Pencalonan AFNC-KP 2023 sebagai rujukan.
 
ii. 
 
Setiap permohonan mestilah melalui Ketua PTJ.
 
 iii.
 
Borang pencalonan yang telah lengkap hendaklah dimajukan kepada Urus Setia AFNC-KP 2023
di CADe-Lead selewat-lewatnya pada 22 Disember 2023 (Jumaat).
 

 

 

Maklumat berkaitan:

 

 


 
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:


Urus setia AFNC-KP, CADe-Lead
Pn. Siti Fatimah (03-9769 6136 / fatimah_a@upm.edu.my) / Pn. Nor Azirawani (03-9769 2079 / norazirawani@upm.edu.my)

 

Updated:: 05/12/2023 [azryadeny]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT AND LEADERSHIP EXCELLENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
SXFRKA2~