Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) Encik Johan Ismail telah dianugerahkan Naib Johan bagi kategori Anugerah Pengajaran Transformatif, Pengajaran Transformatif: Tanpa Syarahan, Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia: Reka Bentuk Kurikulum & Penyampaian Inovatif Tahun 2018 (AKRI 2018).
Anugerah telah disampaikan oleh YB Dr. Maszlee Malek, Menteri Pendidikan Malaysia di majlis penganugerahan yang diadakan pada 14 Disember 2018 bertempat di Movenpick Hotel & Convention Centre, KLIA. Tahniah diucapkan!
Tarikh Input: 17/12/2018 | Kemaskini: 17/12/2018 | azryadeny
Tingkat 4
Bangunan Canselori Putra
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia