SERDANG, 7 Februari 2024 – Syarahan Umum bertajuk “A New Horizon for Science, Technology and Innovation – A Strategy to Enhance Higher Education in Malaysia” telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Emerita Datuk Dr. Asma Ismail FASc. Ini merupakan siri ketiga program Syarahan Umum Rashdan Baba yang telah dianjurkan oleh Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead) bertempat di Dewan Taklimat Serdang, Bangunan Canselori Putra, UPM. Siri Syarahan Umum Rashdan Baba ini merupakan salah satu program di bawah transformasi kecemerlangan kepemimpinan akademik Universiti Putra Malaysia. Mengambil ketokohan kepemimpinan Allahyarham Prof Emeritus Tan Sri Dato' Indera Dr. Haji. Mohd Rashdan Baba, syarahan umum ini telah dijadikan program khusus kepada pelan transformasi kepemimpinan akademik UPM. Turut diadakan, Majlis Pelancaran Aplikasi Putra SIMS Fasa 1 (SMP 4.0) yang disempurnakan oleh Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah.
|
Pautan Rakaman: |
- https://www.facebook.com/watch/?v=590374526616049 |
Tarikh Input: 15/02/2024 | Kemaskini: 15/02/2024 | azryadeny
Tingkat 4
Bangunan Canselori Putra
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia