Pada 26 sehingga 27 September 2017 bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai telah berlangsungnya Karnival E-pembelajaran Universiti Peringkat Antarabangsa 2017 (IUCEL2017). IUCEL 2017 ini adalah anjuran USIM dengan kerja sama Jabatan Pengajian Tinggi serta Majlis E-pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) diadakan dengan objektif berikut:
Karnival ini melibatkan tiga aktiviti utama iaitu pameran, pertandingan dan pengiktirafan anugerah. Antara aktiviti yang dijalankan diantaranya adalah pertandingan Invention, Innovation and Design on e-Learning (IIDEL), pertandingan pembangunan courseware (OER - Open Educational Resources), pertandingan pembangunan sistem serta penyampaian Anugerah E-Learning Kebangsaan.
Sukacita dimaklumkan Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis Saad daripada Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul telah dipilih untuk memenangi Anugerah Best Trend Stter di atas usaha beliau dalam mempraktikkan kaedah e-pembelajaran yang berinovasi dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
Selaras dengan objektif dan matlamat pertandingan IIDEL iaitu:
Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menghantar sebanyak 29 penyertaan dalam pertandingan tersebut dan UPM merupakan IPT yang paling banyak menghantar penyertaan. Dimaklumkan UPM telah berjaya merangkul 9 pingat emas, 15 pingat perak dan 5 pingat gangsa.
TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA PEMENANG!
Tarikh Input: 02/10/2017 | Kemaskini: 24/05/2018 | azryadeny
Tingkat 4
Bangunan Canselori Putra
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia