I-PICTL Kembali! Pendaftaran Penyertaan Karnival Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Talian Ini Dibuka | PUSAT PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN KEPEMIMPINAN AKADEMIK
» BERITA » I-PICTL kembali! Pendaftaran penyertaan Karnival Pengajaran dan Pembelajaran dalam talian ini dibuka

I-PICTL kembali! Pendaftaran penyertaan Karnival Pengajaran dan Pembelajaran dalam talian ini dibuka

SERDANG, 15 September 2023 – Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead) UPM mengalu-alukan penyertaan semua dalam 6th International Putra InnoCreative Carnival in Teaching and Learning (I-PICTL) 2023 dengan tema “Innovative Pedagogies for Resilient Education: Nurturing Tomorrow’s Mind” pada 14 hingga 16 November 2023.

Seperti penganjuran lepas, I-PICTL pada tahun ini juga akan dilaksanakan secara dalam talian bagi mempromosikan dan melonjakkan keterlihatan (visibility) UPM melalui siaran langsung. Penyertaan aktiviti bukan sahaja terhad kepada pegawai akademik UPM malah terbuka kepada peserta IPT dari dalam dan luar negara serta guru-guru daripada sekolah di seluruh Malaysia.

Kiraan detik telah bermula dan kami tidak sabar untuk berkongsi pengalaman karnival pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan menyeronokan ini dengan anda. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi CADe-Lead seperti maklumat yang tertera pada poster yang disediakan.

Cepat, daftar penyertaan anda sekarang. Kami tidak sabar untuk mencipta kenangan bersama anda. Jumpa di I-PICTL2023!

I-PICTL2023 - http://i-pictl2023.upm.edu.my/

 

 

Tarikh Input: 15/09/2023 | Kemaskini: 20/09/2023 | azryadeny

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN KEPEMIMPINAN AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
WXFMRAr~