‘Safe Exam Browser’ (SEB) | PUSAT PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN KEPEMIMPINAN AKADEMIK
» ARTIKEL » ‘Safe Exam Browser’ (SEB)

‘Safe Exam Browser’ (SEB)

 
 

Pengenalan kepada ‘Safe Exam Browser’ (SEB)

 

‘Safe Exam Browser’ (SEB) merupakan satu platform berasaskan pelayar web yang digunakan untuk mengawal selia pelaksanaan penaksiran dalam talian (‘e-assessment remote monitoring’) tanpa melibatkan kehadiran pengawas peperiksaan secara fizikal. Perisian ini mengawal akses peranti kepada sumber-sumber seperti fungsi sistem (‘system functions’), laman sesawang dan aplikasi-aplikasi lain di dalam peranti. Di Universiti Putra Malaysia (UPM), SEB telah diintegerasikan sebagai salah satu fungsian dalam PutraBlast di bawah fungsian ‘quiz’. Menurut maklumat di lamanweb pembangun SEB, aplikasi ini boleh digunakan dalam peranti yang menggunakan sistem operasi Windows, MacOS dan MaciOS namun terhad kepada versi-versi tertentu.

 

Kelebihan menggunakan aplikasi SEB

 

Memandangkan pembelajaran dalam talian telah mula menjadi satu norma baharu di UPM, penggunaan aplikasi seperti SEB dapat membantu para pensyarah meningkatkan kualiti penyeliaan penaksiran dalam talian,  mengurangkan risiko ketidakjujuran akademik (‘academic dishonesty’) di kalangan pelajar dan memelihara integriti akademik di UPM.

 

Kaedah penggunaan

 

SEB boleh diintegrasikan ke dalam fungsi ‘quiz’ di PutraBlast. Pensyarah boleh memilih sama ada untuk menggunakan konfigurasi manual, muat naik fail konfigurasi SEB sendiri ataupun menggunakan konfigurasi SEB pengguna (‘client’).

 

Skop penggunaan dan kekangan

 

Konfigurasi SEB secara manual di PutraBlast merupakan tetapan yang paling mudah untuk digunakan oleh para pensyarah kerana tidak memerlukan langkah tambahan yang rumit. Walau bagaimanapun, konfigurasi manual ini hanya berfungsi kepada pengguna (iaitu pelajar) yang menggunakan sistem operasi Windows dan MaciOS. Perbezaan pengalaman antara pengguna turut perlu dijangkakan.

Aplikasi ketiga (contohnya: Zoom) boleh diintegrasikan di dalam SEB namun hal ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan fail konfigurasi yang khusus dan bukannya konfigurasi manual secara terus di PutraBlast. Alternatif ini juga memerlukan pengguna melalui beberapa langkah tambahan sebelum boleh memulakan penaksiran. Beberapa fail konfigurasi turut perlu disediakan untuk pengguna sistem operasi yang berbeza. Perbezaan pengalaman antara pengguna turut perlu dijangkakan.

 

Cadangan penggunaan

 
  • Integrasi SEB di PutraBlast menggunakan konfigurasi manual boleh digunakan dengan baik, namun hanya terhad kepada pengguna Windows dan MaciOS. 
  • Sebagai permulaan, bilangan pelajar yang menjalani ujian juga dinasihatkan tidak terlalu ramai (contohnya kelas bersaiz kecil atau ujian ganti) untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya masalah teknikal semasa sesi penaksiran berlangsung.
  • Pensyarah yang ingin menggunakan SEB juga dinasihatkan untuk menjalankan sekurang-kurangnya satu sesi percubaan bersama pelajar menggunakan ‘dummy quiz’ sebelum tarikh penaksiran sebenar bagi mengurangkan kemungkinan wujudnya masalah teknikal semasa penaksiran berlangsung. 
  • SEB turut boleh digunakan oleh Fakulti-fakulti yang menjalankan ujian berpusat di makmal-makmal komputer.
  • Garis panduan yang jelas tentang cara muat turun dan penggunaan SEB turut perlu diberikan kepada pensyarah dan pelajar. Pensyarah yang berminat menggunakan SEB boleh merujuk Ahli Kumpulan Kajian Skop dan Fungsian ‘Safe Exam Browser’ (SEB) dalam Platform.
 

 
Disediakan oleh:
     
 

Nadiya Akmal Baharum ialah Ketua, Portfolio PutraBLAST dan Pembelajaran Teradun Gantian (PTG) di bawah Jawatankuasa Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (JKIPP) UPM; dan Pensyarah Kanan di Jabatan Biologi Sel dan Molekul, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, UPM.

Email: nadiya_baharum@upm.edu.my

   
 

Tarikh Input: 26/07/2022 | Kemaskini: 03/08/2022 | azryadeny

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN KEPEMIMPINAN AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
WXFMUAO~