Tahniah Para Pemenang SUISS 2024! | PUSAT PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN KEPEMIMPINAN AKADEMIK
» BERITA » Tahniah Para Pemenang SUISS 2024!

Tahniah Para Pemenang SUISS 2024!

SERDANG, 5 Julai 2024 – Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead) mengucapkan tahniah kepada peserta Pertandingan 2nd Sulam Innovate Showcase & Symposium (SUISS 2024) anjuran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 28-30 Jun 2024 yang telah berjaya memenangi anugerah “Special Award” dan juga pingat emas.

Kami amat berbangga dengan pencapaian ini dan menghargai usaha gigih pegawai akademik dalam menjayakan projek Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM) di dalam kursus yang berkaitan. Kemenangan dan pengiktirafan ini adalah bukti dedikasi pegawai akademik dan pelajar dalam memberikan khidmat terbaik kepada komuniti.

"SULAM adalah inisiatif yang menggabungkan pembelajaran akademik dengan perkhidmatan komuniti. Ia melibatkan pelajar dan pensyarah bekerjasama dengan orang awam, NGO, industri, dan agensi kerajaan untuk projek yang memberi manfaat kepada masyarakat. Melalui SULAM, pelajar bukan sahaja meningkatkan kemahiran akademik dan profesional mereka, tetapi juga membangunkan nilai-nilai murni seperti kepemimpinan, empati, dan tanggungjawab sosial."

Tahniah sekali lagi dan terima kasih kepada fakulti yang telah menjayakan aktiviti SULAM di program akademik masing-masing. Anda semua adalah inspirasi kepada kita semua!

 
Seksyen Pembangunan Pengajaran dan Pembelajaran,
CADe-Lead
 
 
 

Tarikh Input: 22/07/2024 | Kemaskini: 22/07/2024 | azryadeny

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN KEPEMIMPINAN AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
F, (06:44:26pm-06:49:26pm, 31 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]