Southeast Asian Higher Education Summit (SEAHES) 2024, 9-10 September | PUSAT PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN KEPEMIMPINAN AKADEMIK
» BERITA » Southeast Asian Higher Education Summit (SEAHES) 2024, 9-10 September

Southeast Asian Higher Education Summit (SEAHES) 2024, 9-10 September

SERDANG, 5 Julai 2024 – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan anjuran bersama Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Universiti Putra Malaysia dan Majlis Kerjasama Ketua-ketua Pusat Pengajaran dan Pembelajaran IPTA Malaysia (MAGNETIC) akan menganjurkan Southeast Asian Higher Education Summit (SEAHES) 2024 dengan tema “Innovation, Ethics and Civilization: Higher Education in Southeast Asia” pada 9-10 September 2024 bertempat di Hotel Zenith, Putrajaya. 

Penganjuran sidang kemuncak ini adalah bertujuan untuk menyediakan wadah perkongsian amalan terbaik dalam pembangunan dan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran (PdP) merangkumi aspek kepemimpinan akademik, inovasi, pendidikan fleksibel dan kelestarian Institusi Pendidikan Tinggi (IPT). Justeru SEAHES 2024 berhasrat untuk mencapai objektif berikut:

  1. menjalin kerjasama berterusan dengan IPT negara-negara ASEAN;
  2. memperihal isu dan cabaran sejagat, perkongsian strategi dan intervensi yang diamalkan; dan
  3. membangun resolusi ke arah menentukan hala tuju pelaksanaan; dalam aspek kepemimpinan akademik, inovasi PdP, pendidikan fleksibel dan kelestarian pendidikan tinggi di kalangan komuniti ASEAN.
 
SEAHES 2024 bakal menampilkan barisan penceramah utama dan panel hebat, perbincangan meja bulat interaktif, bengkel percuma dan peluang rangkaian yang berharga. Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, layari: http://seahes2024.upm.edu.my/.
 
 
 
 

Tarikh Input: 05/07/2024 | Kemaskini: 22/07/2024 | azryadeny

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN KEPEMIMPINAN AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
X, (01:17:20pm-01:22:20pm, 31 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]