|
SERDANG, 15 Julai 2024 – Satu sesi temubual antara pihak Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST) dengan Pengarah CADe-Lead, Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis Saad telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Bilik Mesyuarat CADe-Lead. CIAST merupakan institusi latihan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia yang bertanggungjawab melatih dan membangunkan tenaga pengajar TVET negara. Sebagai sebahagian daripada latihan yang ditawarkan, CIAST membangunkan kompetensi pedagogikal pengajar TVET yang merangkumi metodologi pengajaran, teknologi pengajaran, pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan pedagogi vokasional. Latihan pedagogikal ini adalah selaras dengan keperluan di dalam Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652). Dalam sesi lebih kurang selama dua (2) jam tersebut, Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis Saad selaku antara informan pakar yang dikenalpasti di dalam bidang ini telah berkongsi pelbagai maklumat berkaitan yang diperlukan termasuk kaedah pengajaran yang dipraktiskan ketika ini samada di UPM atau amalan baik dari negara luar; kaedah penyampaian latihan terkini di dalam dan luar negara dan sebagainya. Perkongsian maklumat ini penting bagi kajian pihak CIAST dalam menambahbaik latihan pedagogikal kepada para pengajar TVET, CIAST serta dalam usaha mengenal pasti beberapa ruang penambahbaikan yang sesuai. |
![]() |
Tarikh Input: 23/07/2024 | Kemaskini: 08/08/2024 | azryadeny

Tingkat 4
Bangunan Canselori Putra
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia