Sesi Taklimat Pemurnian Hasil Pembelajaran Program (PLO) Berdasarkan MQF Edisi Kedua (2024) | PUSAT PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN KEPEMIMPINAN AKADEMIK cadelead
» BERITA » Sesi Taklimat Pemurnian Hasil Pembelajaran Program (PLO) Berdasarkan MQF Edisi Kedua (2024)

Sesi Taklimat Pemurnian Hasil Pembelajaran Program (PLO) Berdasarkan MQF Edisi Kedua (2024)

SERDANG, 20 Mac 2025 – Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead) telah mengadakan Sesi Taklimat Pemurnian Hasil Pembelajaran Program (PLO) Berdasarkan MQF Edisi Kedua (2024) serta Perincian Pelaksanaan dan Tindakan pada 20 Mac 2025 (Khamis), 08.30 pagi - 11.00 pagi. Sesi taklimat ini diadakan bertujuan untuk menerangkan proses pemurnian hasil pembelajaran program akademik di UPM selaras dengan keperluan MQF Edisi Kedua (2024) dan menjelaskan proses pelaksanaan pemurnian kurikulum meliputi perincian pelaksanaan serta proses tindakan yang perlu dilaksanakan oleh pihak fakulti/sekolah.

Pelaksanaan pemurnian (PLO) UPM ini diharapkan dapat memberikan impak yang signifikan dan positif kepada pembangunan akademik di UPM dalam usaha menyokong keperluan nasional melalui dasar pendidikan tinggi, meningkatkan kompetensi graduan UPM dalam aspek kelestarian, memenuhi piawaian global dan keperluan industri serta menjadikan UPM sebagai peneraju dalam pendidikan untuk pembangunan mampan. Pemurnian ini juga merupakan langkah proaktif UPM dalam menjadikan UPM sebagai institusi utama dalam pendidikan kelestarian, sejajar dengan inisiatif global seperti UNESCO ESD for 2030.

Seramai 463 orang peserta yang terdiri daripada pegawai akademik UPM telah hadir ke sesi taklimat ini. Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Wan Zuhainis Saad, Pengarah CADe-Lead, UPM.

 
 

Tarikh Input: 03/04/2025 | Kemaskini: 03/04/2025 | azryadeny

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN KEPEMIMPINAN AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
X, (01:11:35pm-01:16:35pm, 07 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]