Kursus Asas Pengajaran (KAP) Siri 2/2025 | PUSAT PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN KEPEMIMPINAN AKADEMIK
» BERITA » Kursus Asas Pengajaran (KAP) Siri 2/2025

Kursus Asas Pengajaran (KAP) Siri 2/2025

SERDANG, 18 Ogos 2025 - Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Kursus Asas Pengajaran (KAP) Siri 2/2025 pada 12 hingga 18 Ogos 2025.

Kursus selama lima hari ini telah disertai oleh seramai 28 orang pensyarah baharu, yang dilaksanakan secara hibrid iaitu secara fizikal di kampus UPM Serdang dan secara dalam talian melalui aplikasi ZOOM bagi memenuhi keperluan penyertaan dalam kalangan peserta di UPM Sarawak (UPMS).

Peserta telah mengikuti 14 modul yang merangkumi:

  • Matlamat Pendidikan Tinggi
  • Penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  • Reka Bentuk Kurikulum dan Pengurusan Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE)
  • Pengajaran Konstruktif
  • Rancangan Pengajaran
  • E-Pembelajaran dan Pendidikan Fleksibel (PutraBLAST, PTS, PTG, MC)
  • Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran
  • Penaksiran Hasil Pembelajaran
  • Penaksiran Alternatif
  • Penambahbaikan Kualiti Berterusan Akademik (CQI)
  • Penasihatan Akademik (Prasiswazah)
  • Penyeliaan Pelajar (Siswazah)
  • Kesarjanaan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (SoTL)
  • Portfolio Pengajaran dan Pembelajaran

 

Pelaksanaan KAP ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan perkongsian kepakaran kepada pensyarah-pensyarah baharu mengenai perkara-perkara dasar dan falsafah, kaedah pedagogi dan amalan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat pendidikan tinggi.

Secara keseluruhannya, KAP Siri 2/2025 berjaya mencapai objektif yang disasarkan, iaitu mempertingkatkan dan mengukuhkan kompetensi akademik pensyarah baharu agar lebih berdaya saing, berinovatif dan memberikan impak positif dalam ekosistem pengajaran dan pembelajaran di UPM.

 

 

Tarikh Input: 26/08/2025 | Kemaskini: 26/08/2025 | azryadeny

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN KEPEMIMPINAN AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
S, (03:48:12pm-03:53:12pm, 05 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]