Kursus Asas Pengajaran (KAP) Siri 2/2024 | PUSAT PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN KEPEMIMPINAN AKADEMIK
» BERITA » Kursus Asas Pengajaran (KAP) Siri 2/2024

Kursus Asas Pengajaran (KAP) Siri 2/2024

SERDANG, 19 Ogos 2024 - Seramai 32 orang pegawai akademik baharu UPM telah selesai mengikuti Kursus Asas Pengajaran (KAP) Siri 2/2024 bermula 12 hingga 19 Ogos 2024 bertempat di Dewan Seminar, Fakulti Kejuruteraan dan Bilik Seminar, Pusat Asasi Sains UPM (ASPutra). Kursus ini turut diikuti oleh peserta daripada UPMKB secara dalam talian.

KAP merupakan modul khusus di bawah Program Transformasi Minda (PTM), UPM yang dikendalikan oleh Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead) bagi menyokong keperluan pengesahan jawatan dalam perkhidmatan pegawai akademik.

Modul-modul KAP telah disampaikan oleh pengajar/ penceramah yang berkaliber dan kompeten dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Kursus ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai akademik baharu dalam pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran serta pengadaptasian perubahan-perubahan terkini ekosistem pendidikan global.

Berdasarkan komen serta maklum balas penilaian program, peserta bersetuju bahawa KAP dapat memenuhi keperluan semasa berkaitan teknik dan pedagogi pengajaran yang berkesan. Mereka juga berpendapat bahawa ada beberapa topik KAP yang perlu dipelajari dengan lebih mendalam.

Sebagai pelengkap kursus, para peserta perlu menyempurnakan dua (2) bentuk penilaian KAP, iaitu cerapan dan juga portfolio pengajaran dalam tempoh satu semester yang diselia oleh mentor yang dilantik.

Selamat Maju Jaya buat semua peserta!

 
 
 

Tarikh Input: 29/08/2024 | Kemaskini: 29/08/2024 | azryadeny

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN KEPEMIMPINAN AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
F, (06:23:59pm-06:28:59pm, 12 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]