Bengkel Pemerkasaan Pelaksanaan OBE Di UPM | PUSAT PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN KEPEMIMPINAN AKADEMIK cadelead
» BERITA » Bengkel Pemerkasaan Pelaksanaan OBE di UPM

Bengkel Pemerkasaan Pelaksanaan OBE di UPM

SERDANG, 14 Mei 2024 – Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan Bengkel Outcomes-Based Education (OBE) bagi memberikan pemahaman mendalam tentang hala tuju dan kepentingan pelaksanaan Outcomes-Based Education (OBE) di UPM.

Objektif utama pelaksanaan bengkel ini adalah untuk memberikan penerangan secara terperinci berhubung kaedah pelaksanaan OBE serta berkongsi amalan terbaik yang telah dilaksanakan di fakulti-fakulti UPM. Sebanyak tujuh (7) sesi perkongsian telah diadakan meliputi topik – topik berkaitan pelaksanaan OBE bagi program prasiswazah dan siswazah iaitu:

 
Sesi 1: Realiti Semasa Pelaksanaan OBE di UPM
- Prof. Ir. Ts. Dr. Abd Rahim Abu Talib (CQA)
 
 
Sesi 2: Penghayatan, Proses & Keperluan Pengukuran OBE di UPM                 
- Prof. Dr. Alyani Ismail (FK)
 
 
Sesi 3: Pemantapan Program Akademik Melalui Amalan Peningkatan Kualiti Berterusan (CQI)                  
- Prof. Madya Dr. Zulfitri ‘Azuan Mat Daud (FPSK)
 
 
Sesi 4: Perkongsian Amalan OBE Program Prasiswazah di Fakulti Sains    
- Prof. Madya Dr. Nor Azwady Abd. Aziz (FS)
 
 
Sesi 5: Perkongsian Amalan OBE Program Siswazah di Fakulti Kejuruteraan
- Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Razif Harun (FK)
 
 
Sesi 6: Kaedah Pengukuran Pencapaian PO bagi Program Prasiswazah dan Siswazah:
Slot 1: Sistem PutraOBE bagi Program Prasiswazah
- En. Mohd Nazri Md Yassin (BKAD)
Slot 2: Pengukuran PO bagi Program Siswazah
- Prof. Ts. Dr. Zuriati Ahmad Zulkarnain (SPS)
 
 
Sesi 7: Rumusan dan Perancangan Tindakan Pelaksanaan OBE di UPM
- Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis Saad (CADe-Lead)
 
     

YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor turut hadir menzahirkan amanat beliau serta hasrat universiti dalam usaha memperkasa dan membudayakan amalan OBE secara efektif di UPM. Seramai 158 orang pegawai akademik UPM hadir yang terdiri daripada Dekan Fakulti, Timbalan-Timbalan Dekan, Ketua-Ketua Jabatan serta Penyelaras Program dari semua fakulti. YBhg. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM turut berharap agar bengkel ini dapat meningkatkan kefahaman dan kompetensi pegawai akademik dalam pelaksanaan OBE dengan melahirkan lebih ramai pakar rujuk OBE di setiap fakulti.

Penganjuran bengkel ini merupakan kerjasama serta komitmen daripada semua peneraju OBE di UPM iaitu Pusat Jaminan Kualiti (CQA), Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik (BKAD), Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) dan Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC).

 

 
 

Tarikh Input: 17/05/2024 | Kemaskini: 20/05/2024 | azryadeny

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN KEPEMIMPINAN AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
W, (12:05:38pm-12:10:38pm, 09 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]